Berita Harian

V Shem-wee Kiong sedia gegar

Jeremy yakin keupayaan beregu negara dalam acara berpasukan Piala Sudirman

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Jurulatih beregu lelaki, Jeremy Gan yakin Goh V Shem-tan Wee Kiong akan kembali mempamerka­n belang sebenar mereka dan memainkan peranan penting menjelang kempen Piala Sudirman di Gold Coast, Australia yang bermula, Ahad ini.

Selepas sering bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang kejohanan tahun ini, V Shem-wee Kiong mahu menjadikan saingan di Gold Coast sebagai medan kebangkita­n mereka.

“Saya lihat V Shem-wee Kiong sangat komited sepanjang sesi latihan bagi persiapan ke Piala Sudirman. Apa yang menjadi masalah kepada mereka sebelum ini adalah konsistens­i selain lawan mudah membaca permainan mereka.

“Kualiti sudah ada, cuma mereka perlu pelbagaika­n corak permainan agar tidak mudah dibaca lawan. Kami sudah mencuba beberapa corak permainan berbeza ketika sesi latihan dan diharapkan ia boleh diterjemah­kan ketika di atas gelanggang nanti,” kata Jeremy.

Badi suku akhir

Selepas memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 selain menjuarai Terbuka Denmark dan Siri Super Akhir, beregu nombor empat dunia itu gagal melepasi peringkat suku akhir dalam kejohanan tahun ini.

“V Shem-wee Kiong ada rekod yang baik dalam kejohanan berpasukan. Jadi, saya percaya mereka boleh memainkan peranan penting bagi membantu pasukan,” kata Jeremy.

Jeremy turut mengingatk­an beregu lelaki nombor dua negara, Teo Ee Yi-ong Yew Sin untuk sentiasa bersedia kerana mereka boleh diturunkan pada bila-bila masa jika V Shem-wee Kiong tidak berada pada tahap terbaik.

“Perancanga­n untuk menurunkan Ee Yi-yew Sin dalam perlawanan kumpulan memang ada tetapi ia bergantung kepada keadaan kedua-dua beregu ini. Siapa yang berada pada tahap terbaik, mereka akan diturunkan,” katanya.

Skuad negara yang berlepas ke Gold Coast malam tadi bakal membuka tirai saingan aksi Kumpulan C menentang Jerman pada 23 Mei ini sebelum bertemu Jepun sehari kemudian.

 ??  ?? V Shem dan Tan Wee Kiong (kiri) mahu menjadikan saingan di Gold Coast sebagai medan kebangkita­n prestasi mereka.
V Shem dan Tan Wee Kiong (kiri) mahu menjadikan saingan di Gold Coast sebagai medan kebangkita­n prestasi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia