Berita Harian

JDT bawa bekalan tipis

Harimau Selatan perlu lebih agresif hadapi Ceres Negros di tempat lawan

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Darul Ta’zim (JDT) belum berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke pentas final selepas sekadar menang tipis 3-2 mengatasi Ceres Negros FC pada aksi separuh akhir pertama Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Aksi separuh akhir kedua di Stadium Panaad, Bacolod City pada 31 Mei ini menjadi penentu selepas kelab dari Filipina memiliki kelebihan meraih dua gol di laman lawan dan skuad Harimau Selatan harus lebih agresif mengekalka­n kelebihan satu gol.

Tempoh 15 minit babak pertama aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan tampak seimbang apabila masing-masing buntu melakukan percubaan berbahaya apabila bola sering berlegar di kawasan tengah padang.

Tandukan Safiq

Namun selang dua minit kemudian, gol yang dicari JDT menjelma apabila bola umpanan Gabriel Guerra membuka ruang buat Gonzalo Cabrera yang bijak memperdaya­kan dua pertahanan lawan sebelum merembat bola leret tepat ke penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol, Roland Mueller.

Bagaimanap­un, jaringan itu tidak bertahan lama selepas Ceres Negros FC bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-21 apabila bola sepakan lintang Iain Ramsay menyaksika­n Fernando Rodriguez sempat melayangka­n badan untuk menanduk bola menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Pelawat nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menambah jaringan pada minit ke-25 selepas Bienvenido Maranon merembat bola kencang dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kanan gol menyukarka­n Farizal untuk menepis bola daripada menerjah jaring.

Hazwan jadi penyelamat

Usaha berterusan anak didik Benjamin Mora untuk menyamakan jaringan berhasil ketika aksi berbaki seminit sebelum babak pertama berakhir apabila bola hantaran lintang Muhd Fazly Mazlan tepat kepada Safiq yang tidak dikawal menanduk masuk menewaskan Mueller.

Pelawat hampir menambah jaringan pada minit ke-52 selepas Rodriguez pantas mencuri bola berpunca daripada kesilapan Dominic Tan, namun Farizal sempat merebahkan badan untuk menepis bola keluar.

Anak didik Risto Vidakovic terus memberi tekanan kepada benteng tuan rumah apabila bola sepak percuma Manuel Ott pada minit ke-60 dari jarak 25 meter memaksa Farizal melayangka­n badan untuk menepis bola keluar.

Serang balas JDT pada minit ke-68 menyaksika­n tuan rumah kembali berada di depan apabila bola umpanan Safiq tepat kepada Ahmad Hazwan Bakri yang bertindak memusingka­n badan dan merembat bola leret untuk memastikan kemenangan 3-2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia