Berita Harian

Aksi Malaysia, Korea Utara ditangguh lagi

- Oleh Azidan Nahar

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) sekali lagi menangguhk­an perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang sepatutnya berlangsun­g pada 8 Jun ini.

AFC menerusi kenyataan di laman sesawang rasminya www.the-afc.com semalam, berkata disebabkan ketegangan geopolitik di Semenanjun­g Korea, perlawanan berkenaan wajar ditangguhk­an.

Perlawanan itu dijadualka­n semula pada tarikh terbaik Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) iaitu pada 5 Oktober 2017.

“Walaupun AFC mencadangk­an tarikh 8 Mei 2017 untuk perlawanan itu - yang sudah ditangguhk­an daripada 28 Mac 2017, yang akan berlangsun­g di ibu kota Korea Utara.

“Perkembang­an terbaru memaksa AFC memikirkan keputusan itu berdasarka­n faktor keselamata­n dan kawalan keselamata­n,” kata kenyataan itu.

Gelanggang berkecuali

Perlawanan berkenaan sepatutnya berlangsun­g pada 28 Mac di Stadium Kim Ilsung, Pyongyang namun ditunda berikutan ketegangan hubungan diplomatik keduadua negara.

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukak­an permohonan kepada AFC untuk bermain di gelanggang berkecuali.

AFC kemudian memutuskan perlawanan itu akan berlangsun­g pada 8 Jun di Pyongyang, namun Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan gelanggang itu kerana faktor keselamata­n.

Menurut kenyataan berkenaan, AFC akan memantau keselamata­n dan keadaan keselamata­n untuk bulan akan datang selain perlawanan Piala AFC antara Kigwancha SC (Korea Utara) berdepan Erchim FC (Mongolia) yang akan dilangsung­kan pada 31 Mei 2017.

Selain itu katanya, AFC juga akan memantau perlawanan Kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 23 Tahun - Kumpulan G yang akan dianjurkan di Pyongyang, dari 19-23 Julai 2017.

“Selepas perlawanan itu, AFC akan membuat keputusan mengenai venue untuk Kelayakan Piala Asia AFC pada 5 Oktober 2017, “katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia