Berita Harian

Kelibat gadis nombor 7 curi tumpuan

Lima peminat setia Baddrol hadir pada sesi latihan skuad Helang Merah

- Oleh Izzali Ismail

Kelibat lima penyokong wanita Kedah - Siti Nabilah Salim, Lis Erny Kartini Yahaya, Siti Farida Abdullah, Khairul Bariah Abdul Kadir dan Nur Humairah Abdul Rashid - yang hadir pada sesi latihan skuad Helang Merah, semalam mencuri tumpuan ramai.

Siti Nabilah dan Siti Farida dari Alor Setar, Lis Erny Kartini dan Nur Humairah (Sungai Petani) serta Khairul Bariah (Pendang) masingmasi­ng memakai jersi nombor tujuh sebagai tanda mereka peminat setia Baddrol Bakhtiar.

Siti Nabilah berkata, dia dan rakannya hadir untuk memberi sokongan kepada pemain menjelang aksi final menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Kami tidak sabar melihat pasukan kesayangan beraksi Sabtu ini dan sebab itu kami hadir sendiri melihat mereka menjalani latihan di sini. Kami harap kehadiran kami menyemarak­kan semangat mereka.

Pemain senior

“Kami juga memakai jersi yang mempunyai nombor yang sama iaitu tujuh kerana kami meminati Baddrol. Lagipun, Baddrol pemain senior dan banyak membantu di sebalik kejayaan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Lis Erny Kartini berkata dia dan rakan sepasukan juga akan ke Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan kepada Helang Merah dan berharap skuad kendalian Nidzam Adha Yusof akan menjuarai trofi berprestij berkenaan selepas kali terakhir menjulangn­ya pada 2008.

“Kedah mempunyai peluang untuk menjuarai Piala FA kali ini berdasarka­n prestasi dan kekuatan yang ditunjukka­n sejak awal musim. Jadi, momentum ini harus dikekalkan dan semoga Kedah berjaya memperoleh kemenangan dan membawa pulang Piala FA ke Darul Aman,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Peminat setia Baddrol (dari kiri) Lis Erny Kartini, Siti Nabilah, Khairul Bariah, Siti Farida dan Nur Humairah menyaksika­n sesi latihan skuad Helang Merah, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Peminat setia Baddrol (dari kiri) Lis Erny Kartini, Siti Nabilah, Khairul Bariah, Siti Farida dan Nur Humairah menyaksika­n sesi latihan skuad Helang Merah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia