Berita Harian

Jersi Baddrol, Liridon laris

-

Alor Setar: Jualan jersi Kedah berserta cetakan nombor tujuh dan lapan mendapat permintaan tinggi daripada penyokong Kedah sejak menjuarai Piala Malaysia tahun lalu dan diyakini terus meningkat menjelang aksi final Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan peniaga jersi Kedah, Khairul Anuar Bahadun, 43, yang menerima tempahan jersi berserta nombor daripada penyokong skuad Helang Merah di tapak bazar uptown Alor Setar, di pekarangan Stadium Darul Aman.

“Paling laris mendapat tempahan jersi hijau kuning berserta cetakan nombor tujuh dengan nama Baddrol dan nombor lapan dengan cetakan nama Liridon di bahagian belakang jersi.

Perjalanan masih panjang

“Kedua-dua nombor cetakan pada jersi yang dijual ini sangat laris kerana kedua-dua pemain ini paling popular di kalangan penyokong.

“Selain kedua-dua pemain terbabit, jersi lain yang turut mendapat permintaan ialah milik Sandro da Silva yang memakai nombor 10 dan jersi nombor 13 milik kapten pasukan, Khairul Helmi,” katanya semalam.

Khairul Anuar juga berkata, berdasarka­n pengalaman­nya, waktu paling laris jualan jersi Kedah bermula di peringkat suku akhir, diikuti separuh akhir dan satu atau dua hari sebelum perlawanan akhir.

Dia dan rakannya yang menjalanka­n perniagaan di situ sejak tujuh tahun lalu bagaimanap­un mengakui jersi versi 2016 dan 2017 mendapat permintaan paling tinggi dengan jersi utama hijau kuning mendapat permintaan tertinggi.

“Perjalanan liga masih panjang dan kami berharap dapat mencapai jualan yang memberangs­angkan pada musim 2017 ini berdasarka­n kejayaan yang diraih Kedah menerusi kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih dan kini di ambang final Piala FA 2017,” katanya.

 ?? [FOTO IZZALI ISMAIL/BH] ?? Khairul Anuar menunjukka­n jersi bernombor 7 dan 8 yang mendapat permintaan tinggi peminat Kedah di gerainya, semalam.
[FOTO IZZALI ISMAIL/BH] Khairul Anuar menunjukka­n jersi bernombor 7 dan 8 yang mendapat permintaan tinggi peminat Kedah di gerainya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia