Berita Harian

Pemain Kedah dapat tonik tambahan

Presiden janji bonus RM20,000 setiap seorang jika muncul juara

- Oleh Syafiq Aznan dan Izzali Ismail

Barisan Kedah mendapat tonik terbaik menjelang aksi final Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjanjika­n bonus RM20,000 setiap seorang sekiranya menjulang trofi berprestij itu.

Janji itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang turut mencabar barisan pemain skuad Helang Merah supaya menamatkan penantian tujuh tahun dengan membawa pulang trofi berkenaan ke bumi Jelapang Padi.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, peluang beraksi di final Piala FA selepas kali terakhir mereka melayakkan diri ke pentas akhir saingan berprestij itu pada 2010 seharusnya dimanfaatk­an dengan kempen itu dinoktahka­n dengan penuh kejayaan.

“Ini adalah kali ketiga kita beraksi di perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, jadi saya rasa pemain sudah tidak ada masalah dan sudah biasa dengan aura perlawanan akhir yang dipenuhi tekanan.

“Saya mengharapk­an pemain Kedah dapat membuat sehabis baik dan membawa pulang trofi Piala FA ke bumi Kedah. Ini bakal menjadi trofi ketiga kita dalam tempoh dua tahun selepas memenangi Piala Malaysia tahun lalu dan juga Piala Sumbangsih menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pembukaan musim ini.

Jangan takut Romero

“Saya tidak minta jaringan yang besar. Asalkan pasukan Kedah muncul juara itu sudah memadai,” katanya selepas bertemu barisan pemain dan pengurusan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, semalam.

Dalam masa sama, Ahmad Bashah juga tidak mahu barisan pemain berasa terganggu selepas Pahang mendapatka­n pemain import baharu, Yamil Romero yang dijangka turut akan diturunkan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Jangan takut dengan pemain baharu Pahang. Itu hal dia dan tidak menjadi halangan memandangk­an kita juga sudah membuat persiapan yang rapi untuk mengharung­i perlawanan akhir ini.

“Dengan percaturan daripada jurulatih dan pemain tahu peranan masing masing ketika beraksi, saya yakin kita mampu menjadi juara," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia