Berita Harian

Fitri tak rela kempunan aksi pentas final

-

Alor Setar: Pertahanan kiri Kedah, Mohd Fitri Omar enggan kempunan sekali lagi beraksi pada perlawanan akhir dengan dia mengintai peluang membarisi kesebelasa­n utama skuad Helang Merah pada aksi kemuncak Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Selepas sekadar menjadi ‘penonton’ pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 ketika bersama ATM dan final Piala FA 2015 bersama Kelantan, sudah tiba masanya kali ini pertahanan kental itu memainkan watak penting bagi membantu Kedah menamatkan penantian tujuh tahun memburu piala berprestij itu.

Bagaimanap­un, pertahanan kelahiran Sabak Bernam itu menyerahka­n keputusan di tangan pemangku jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff bagi memilih pemain yang terbaik dalam mengisi posisi bek kiri untuk menghadapi cabaran skuad Tok Gajah.

“Disisihkan dalam dua perlawanan akhir sebelum ini benar benar mengecewak­an, jadi saya melihat perlawanan bertemu Pahang Sabtu ini sebagai peluang terbaik untuk merasai sendiri suasana dan aura perlawanan akhir yang pastinya memberi pengalaman baharu.

Merendah diri

“Tetapi, saya perlu menerima apa sahaja keputusan jurulatih kerana walaupun ketika ini saya kerap membarisi kesebelasa­n utama, mungkin jurulatih ada perancanga­nnya yang tersendiri dan berbeza pada perlawanan ini.

“Apapun, saya akan tetap bekerja keras dan berjanji untuk memberikan persembaha­n yang terbaik jika diamanahka­n oleh jurulatih untuk turun beraksi di final nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Darul Aman, semalam.

Mengulas lanjut berhubung tugasan mengambil sepakan percuma, pemain berusia 31 tahun itu jelas merendah diri sambil mengatakan Kedah sendiri sudah memiliki dua pengambil sepakan percuma yang lebih baik berbanding dirinya.

“Ada Baddrol (Bakhtiar) dan Sandro da Silva, jadi biarlah mereka berdua yang mengambil tugasan itu kerana mereka lebih pakar menyempurn­akannya,” katanya.

Bisa kaki kiri pemain itu dibuktikan ketika Kedah berpesta gol membenam kelab Liga Perdana, PKNP FC 6-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA yang menyaksika­n dia menyumbat dua gol pertama Kedah menerusi sepakan percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia