Berita Harian

Romero tak sabar ikat Helang Merah

Pemain Argentina senjata baharu Tok Gajah

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor dan Asrol Awang

Pemain import baharu Pahang, Yamil Romero tidak sabar untuk tampil buat kali pertama bersama skuad Tok Gajah pada aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Romero yang sah menggantik­an Chinedu Dike di posisi serangan turut mengakui betapa masalah keserasian dan komunikasi tidak menjadi masalah utama buatnya apatah lagi tampil pada perlawanan paling penting buat Tok Gajah.

“Perasaan saya ketika ini sangat gembira selepas sah didaftarka­n bersama pasukan Pahang dan boleh beraksi di final.

“Ia cukup mencabar apabila penampilan pertama saya dalam Liga Malaysia di final Piala FA. Apapun, saya akan buat yang terbaik kerana kami ke final sudah pasti mahu menang.

“Saya perlu mendapatka­n keserasian terbaik dengan pemain lain dalam tempoh beberapa hari ini saja lagi.

“Saya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, pada peringkat awal ini saya mahu membantu pasukan meraih kemenangan dan menjulang piala,” katanya, semalam.

Tambah sengat

Bintang dari Argentina yang baru berusia 22 tahun itu turut mempamerka­n persembaha­n yang meyakinkan pada aksi persahabat­an dengan kelab Shahzan Muda malam kelmarin selepas dia meledak dua gol.

Malah, Pahang mendapat berita gembira semalam selepas Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahka­n pertukaran Romero dengan Dike dan boleh diturunkan untuk aksi final Piala FA nanti.

Sementara itu, Dollah Salleh yakin kehadiran Romero mampu menambahka­n lagi sengat di bahagian serangan pasukannya.

Dollah menjelaska­n betapa tidak akan melepas peluang menggunaka­n senjata baharu Tok Gajah itu dalam skuad utama sekiranya kecergasan Romero berada pada tahap terbaik.

“Saya lihat dia bagus dan saya berpuas hati dengan corak permainann­ya. Walaupun umurnya baru 22 tahun, tapi saya tengok permainann­ya sangat matang. Teknik kawalan bola dia berbeza dan saya percaya dengan kemasukann­ya dalam pasukan Pahang boleh menambahka­n lagi kekuatan jentera serangan,” katanya.

 ?? [FOTO RAFI MAMAT/BH] ?? Mohd Nor Izhan Mohd Sabri 31, dan Zarifah
Atiqah Abdah, 25, membuat persiapan menyediaka­n maskot Tok Gajah menjelang aksi final Piala FA menentang
Kedah, Sabtu, ini.
[FOTO RAFI MAMAT/BH] Mohd Nor Izhan Mohd Sabri 31, dan Zarifah Atiqah Abdah, 25, membuat persiapan menyediaka­n maskot Tok Gajah menjelang aksi final Piala FA menentang Kedah, Sabtu, ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia