Berita Harian

Muslim sandar pengalaman aksi antarabang­sa

-

Kuantan: Pengalaman beraksi di peringkat antarabang­sa ketika bersama Harimau Malaya bakal menjadi kelebihan buat Muslim Ahmad untuk membantu Pahang mengecewak­an Kedah pada final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Biarpun bukan tugas mudah terpaksa mengekang jentera serangan berbahaya yang dimiliki Kedah, namun Muslim yang juga tonggak pertahanan Tok Gajah tidak menganggap ia sebagai satu tekanan.

Sebaliknya, pemain berusia 28 itu percaya betapa gandingann­ya bersama Afif Amiruddin dan pemain import, Heo Jae-won mampu memperkema­skan benteng Tok Gajah.

“Kita tidak perlu terlalu memikirkan soal kekuatan dan kelemahan Kedah, apa yang penting kita fokus untuk persediaan terbaik Pahang bagi final nanti.

Tunjuk sesuatu

“Barisan pertahanan saya rasa bagus, kita ada pemain import (Jaewon) dan Afif. Jadi kami bersaing secara sihat untuk merebut tempat dan ia pasti baik untuk pasukan.

“Ya (pengalaman bersama skuad kebangsaan) ada membantu saya, tapi paling utama Pahang nak tunjuk sesuatu untuk membawa pulang piala musim ini,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabat­an dengan pasukan Shahzan Muda, malam kelmarin.

Pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Darul Makmur itu, Pahang mendapat tonik terbaik sebelum ke final Piala FA apabila mudah menundukka­n Shahzan Muda 5-0.

Selain itu, Muslim yang beraksi bersama Kelantan pada musim lalu menyerahka­n sepenuhnya kepada jurulatih Dollah Salleh untuk memilih pemain yang patut beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Persaingan merebut tempat memang ada, tapi bagi saya ia satu keadaan yang bagus. Apapun, semua keputusan terpulang kepada jurulatih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia