Berita Harian

Pahang merendah diri

Presiden PBNP anggap Kedah pasukan pilihan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor dan Asrol Awang

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah tetap menganggap skuad Tok Gajah sebagai pasukan ‘underdog’ berbanding Kedah menjelang aksi kedua-dua pasukan pada final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Tengku Abdul Rahman mengakui Kedah adalah pasukan yang mantap jika dibandingk­an Pahang yang baru dibentuk semula musim ini.

“Memang Kedah satu pasukan yang handal dan mantap. Malah, pemain mereka sudah lama bersama.

“Saya masih anggap kita sebagai pasukan underdog (bukan pilihan). Tapi saya yakin pemain akan bermain mati-matian dan kita akan terima apa saja keputusan nanti.

“Saya harap satu permainan yang menghiburk­an dapat dipamerkan. Saya tidak perlu berikan apa-apa amanat kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing,” katanya semalam.

Tiket palsu

Tengku Abdul Rahman turut berharap semua penyokong tidak membeli tiket daripada ulat tiket yang kemungkina­n mereka berdepan risiko ditipu sindiket tiket palsu.

“Berkenaan tiket palsu, pihak FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pihak berkuasa sudah buat kenyataan, jadi saya rasa tidak perlu ulas lebih (lanjut).

“Kita semua sudah faham dan (penyokong) seharusnya elak daripada beli tiket yang tidak asli,” katanya.

Selain itu, beliau turut berharap kedua-dua penyokong dapat memberikan sokongan terbaik dan menjadi model terbaik kepada seluruh peminat sukan nombor satu negara itu.

“Saya harap kedua-dua pasukan dapat memberikan satu permainan berprestas­i tinggi memandangk­an ia adalah final.

“Kedua-dua penyokong juga diharap menerima apa saja keputusan dan memang impian saya untuk melihat penyokong di Malaysia menjadi contoh terbaik kepada peminat bola sepak seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? Pemain Pahang memanaskan badan sebelum menjalani latihan di Stadium Darul Makmur, semalam.
Pemain Pahang memanaskan badan sebelum menjalani latihan di Stadium Darul Makmur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia