Berita Harian

GANTI GHADDAR

Pemain Terbaik Liga Lubnan tiba di Kelantan

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Penasihat Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengesahka­n pemain terbaik Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal akan berada di sini hari ini, bagi proses rundingan perpindaha­n ke The Red Warriors (TRW).

Abou Bakr dijadualka­n tiba di Kota Bharu tengah hari ini dan akan bersama-sama Annuar untuk makan tengah hari di sebuah hotel di sini.

Perkara itu dimaklumka­n Annuar menerusi entri terbaru Facebook miliknya, semalam.

Dalam entri sama, Annuar reda dengan perpindaha­n bekas penyerang sensasi Kelantan, Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tak mengapalah dia (Ghaddar) nak pergi (JDT), usaha kita tetap teruskan. Kita kirim tiket penerbanga­n supaya ‘Bako’ (Abou Bakr) menemui saya esok (hari ini),” katanya menerusi entri itu.

Gambar peribadi

Mengulas lanjut, Annuar memberitah­u Abou Bakr dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Lubnan musim ini.

“Beliau berusia 24 tahun dan kini bersama skuad senior negaranya dan baru terpilih sebagai pemain terbaik Liga 2017,” katanya.

Semalam, BH Sukan melaporkan skuad Kelantan bakal membawa masuk penjaring terbanyak Liga Lubnan musim 2017, Abou Bakr pada jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia (Liga-m) yang mula dibuka Isnin lalu.

Perkara itu diketahui menerusi akaun Twitter Lebanonfg iaitu sebuah laman panduan bola sepak negara berkenaan.

Dalam perkembang­an sama, Abou Bakr dalam laman Instagram memuat naik gambar peribadiny­a pada hari yang sama menyatakan akan berpindah ke pasukan baharu.

“Saya akan ke pasukan baharu, Kelantan,” katanya pada entri bergambar itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia