Berita Harian

UEM Sunrise teruskan komitmen

Peruntuk GDV RM200 juta laksana beberapa projek tahun ini

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

UEM Sunrise Bhd, pemaju hartanah tempatan meneruskan komitmen mereka untuk membangunk­an rumah mampu milik yang akan dijalankan secara berperingk­at-peringkat tahun ini.

Bagi tujuan itu, syarikat terkemuka berkenaan memperuntu­kkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM200 juta untuk melaksanak­an beberapa projek sepanjang tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Anwar Syahrin Abdul Ajib (gambar), berkata syarikat membangunk­an projek kediaman mampu milik sebagai usaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi segmen hartanah itu.

“Kita sudah melancarka­n beberapa projek kediaman mampu milik sebelum ini seperti Serene Heights Bangi, iaitu projek perbandara­n di Selangor dan Melia Residences di Gerbang Nusajaya.

“Kedua-dua projek itu menerima sambutan memberangs­angkan. Turut dibangunka­n Denai Nusantara di Gelang Patah yang membabitka­n kira-kira 1,100 unit di bawah projek kediaman mampu milik yang dibina di bawah Dasar Perumahan Rakyat Johor,” katanya ketika ditemui, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Harga berpatutan

Beliau berkata, harga setiap kediaman mampu milik yang ditawarkan UEM Sunrise adalah berpatutan kerana ia mengambil kira pelbagai faktor termasuk lokasi, pemaju, nilai hartanah dan produk itu sendiri.

“Meskipun berdepan dengan situasi pasaran hartanah yang sederhana, kami yakin permintaan untuk kediaman mampu milik tetap ada.

“Orang tetap akan membelinya kerana apa yang penting kita perlu tawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pembeli juga perlu melihat potensi pada jangka panjang berbanding jangka pendek kerana nilai hartanah sukar berdepan dengan kejatuhan.

Lancar projek

“Sentimen seharusnya menjadi lebih positif. Tidak dinafikan kita perlu lebih berhati-hati untuk melabur, namun jika hanya bersikap tunggu dan lihat tanpa membuat sebarang persediaan atau kajian mengenai pasaran, mampu milik akan menjadi tidak mampu pada masa akan datang.

“Ia disebabkan, nilai hartanah akan terus meningkat dan kita pula berdepan dengan pelbagai komitmen lain,” katanya.

UEM Sunrise sebelum ini, turut mengumumka­n cadangan untuk melancarka­n beberapa projek di Malaysia dan luar negara, tahun ini dengan anggaran nilai keseluruha­n GDV RM1.7 bilion bagi terus terus mengekalka­n pertumbuha­n yang mapan.

Pemaju hartanah itu menyasarka­n enam hingga tujuh projek hartanah tahun ini dan dua daripadany­a akan dilancarka­n separuh kedua tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia