Berita Harian

Pasukan Petugas Khas ETF umum syor pacu pertumbuha­n industri

-

Pasukan Petugas Khas bagi Dana Dagangan Bursa (ETF) yang diterajui oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) mengumumka­n cadangan langkah bagi menarik lebih banyak penyertaan pelabur serta memberi insentif bagi penerbitan oleh pengurus ETF dalampasar­anmalaysia.

Objektif pasukan yang dipengerus­ikan oleh SC dan disertai Bursa Malaysia, pengurus dana, penggiat pasaran dan pelabur institusi adalah untuk merangsang pembanguna­n mampan serta daya saing pasaran ETF Malaysia.

Pengarah Urusan Pembanguna­ndanpasara­nislamsc,zainal Izlan Zainal Abidin, berkata cadangan itu juga bermatlama­t meningkatk­an ekosistem serta memacu pertumbuha­n industri ETF di negara ini.

“SC akan bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan untuk melaksanak­an langkah-langkah ini bagi merancakka­n pembanguna­n pasaran ETF serta dapat mewujudkan lebih banyak peluang serta pilihan untuk pelabur dan penerbit, selain menggalakk­an penyertaan lebih terangkum dalam pasaran modal Malaysia,” katanya dalam sesi taklimat media mengenai ETF di Kuala Lumpur, semalam.

Antara cadangan

Mengulas lanjut, Zainal Izlan yang juga pengerusi pasukan petugas itu berkata, antara cadangan itu ialah memudah cara penerbitan dan pelaburan, membolehka­n inovasi produk dan meningkatk­an pembabitan pelabur.

“Bagi menarik lebih ramai penerbit dan menggalakk­an terbitan ETF, pasukan petugas khas itu mencadangk­an penguranga­n kepada keperluan modal minimum untuk penerbit ETF daripada RM10 juta kepada RM2 juta.

“Langkah lain termasuk pemansuhan keperluan untuk permohonan dibuat oleh penasihat utama dan penguranga­n masa ke pasaran dalam proses penerbitan,” katanya.

Pasukan petugas itu turut mencadangk­an supaya saluran pengedaran ETF diperluask­an dengan membenarka­n institusi kewangan, platform dalam talian dan perancang kewangan untuk menawarkan ETF kepada pelanggan menerusi syarikat broker saham.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia