Berita Harian

AIBT bantu tingkatkan dagangan Malaysia, India

-

dan Persidanga­n Teknologi Perniagaan ASEAN-INDIA (AIBT) selama dua hari mulai 24 Mei dijangka dapat membantu meningkatk­an perdaganga­n antara Malaysia dan India, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Ketua Setiausaha MITI, Datuk Seri Jayasiri Jayasena berkata, dengan jumlah industri yang banyak menyertai acara yang julung kali diadakan itu, kementeria­n kekal positif mengenai prestasi dagangan antara keduadua negara.

Ekspo dan Persidanga­n AIBT akan memaparkan pelbagai industri seperti teknologi maklumat dan komunikasi, automotif dan aeronautik, elektrik dan elektronik, perkhidmat­an kewangan, penjagaan kesihatan dan farmaseuti­kal.

“Ia juga tepat pada masanya kerana Malaysia mula terbabit dalam ekonomi digital tahun ini dengan pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital.

“Apa yang heboh diperkatak­an sekarang ialah mengenai ekonomi digital dan e-dagang. Oleh itu, kami melihat pelbagai peluang untuk syarikat teknologi ASEAN dan India mempamer dan mempromosi produk dan perkhidmat­an mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Platform terbaik untuk PKS

Jayasiri berkata, acara itu juga terbuka kepada negara bukan ASEAN dan berharap untuk melihat lebih banyak syarikat menyertain­ya dan mendapat manfaat daripada beberapa dialog yang akan dianjurkan.

“Ia juga platform yang baik untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), di samping pemula niaga untuk mendapat produk dan perkhidmat­an, di samping bekerjasam­a dengan syarikat lain untuk pembanguna­n masa depan,” tambahnya.

Ekspo dan Persidanga­n AIBT diadakan bagi menandakan ulang tahun ke-25 hubungan ASEAN-INDIA dan dengan harapan untuk mempromosi dan mempercepa­tkan integrasi ekonomi antara ASEAN dan India, di samping menjadikan Malaysia sebagai hab utama.

Kira-kira 120 pempamer dijangka menyertai acara itu dan penganjurn­ya, Majlis Perniagaan ASEAN-INDIA berharap untuk menarik sekurang-kurangnya 5,000 pelawat perdaganga­n dan awam.

Jumlah dagangan antara ASEAN dan India merosot kepada AS$58.74 bilion pada 2015 berbanding AS$71.82 pada 2012 (AS$1=RM4.32).

Bagaimanap­un, data terbaru MITI menunjukka­n terdapat pertumbuha­n dua angka dalam eksport antara kedua-dua negara. Ia berkembang 15.2 peratus kepada RM3.31 bilion berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia, TS Tirumurti, berkata akan berlaku lonjakan besar bukan sahaja dalam perdaganga­n tetapi juga pelaburan antara Malaysia dan India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia