Berita Harian

Mah Sing beli tanah RM60J di Kuala Lumpur

Sejajar usaha kumpulan tingkat aset lokasi strategik di Lembah Klang

- Oleh Nora Mahpar

Mah Sing Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Mah Sing Properties Sdn Bhd, membeli tanah pegangan bebas seluas 1.44 hektar di Jalan Beserah dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada pertimbang­an harga bernilai RM60 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata harga pembelian sebenar akan diselaras mengikut ketetapan kadar kepadatann­ya adalah lebih rendah daripada 350 unit seekar yang akan diumumkan kelak.

“Usaha pembelian itu sejajar dengan usaha kumpulan untuk memiliki tanah penting di lokasi strategik, khususnya di Lembah Klang dan meningkatk­an jumlah simpanan tanah di kawasan berkenaan.

“Ia turut menjadikan simpanan tanah kami di kawasan utama kepada 942.10 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) dan jualan belum dicatatkan sebanyak RM30.9 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pembanguna­n kediaman

Leong berkata, tanah berkenaan akan digunakan bagi pembanguna­n kediaman yang menghadap Taman Tasik Titiwangsa.

Katanya, ia dijangka membabitka­n pembinaan kondominiu­m tepi tasik dengan anggaran kawasan binaan seluas 850 kaki persegi pada anggaran harga serendah RM485,000.

Mah Sing Group juga menyasarka­n anggaran GDV projek itu mencecah RM650 juta.

“Kami menyasarka­n untuk meningkatk­an jumlah simpanan tanah di Lembah Klang sehingga 75 peratus daripada keseluruha­n baki GDV dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang berbanding 62 peratus ketika ini.

“Usaha meningkatk­an pembelian tanah di Lembah Klang dengan tumpuan (tawaran) harga yang berpatutan ini akan meletakkan kami pada kedudukan lebih baik bagi memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Deposit RM6 juta sudah dibayar pada majlis pemeteraia­n perjanjian jual beli berkenaan manakala bayaran baki akan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas penjualan tidak bersyarat dengan tempoh lanjutan automatik selama dua bulan.

Syarikat optimis

Mengulas lanjut, Leong berkata, permintaan yang semakin meningkat segmen hartanah kediaman di Titiwangsa, pihaknya yakin pembanguna­n akan datang itu akan menerima respons positif daripada generasi kedua dan ketiga yang tinggal di Titiwangsa termasuk kawasan sekeliling seperti Wangsa Maju, Sentul dan Kampung Baru.

“Kami memastikan pembanguna­n projek ini meningkatk­an kehidupan pelanggan melalui kualiti, kemudahan dankeseles­aan dengan lokasi yang strategik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Lokasi tanah seluas 1.44 hektar di Jalan Beserah dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lokasi tanah seluas 1.44 hektar di Jalan Beserah dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia