Berita Harian

KFC sasar lonjakan jualan 15 peratus

Lancar kempen ‘Keju 3 Rasa’ sempena Ramadan

- Oleh Alzahrin Alias

QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR), pengendali restoran KFC dan Pizza Hut, menyasarka­n peningkata­n jualan 15 peratus menerusi pelancaran kempen terbaru sempena Ramadan, ‘Keju 3 Rasa’ yang diadakan selama enam minggu, bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Merril Pereyra, berkata sasaran itu dipacu menerusi pelbagai kombo makanan segera yang mampu memenuhi selera masyarakat.

Merril berkata, KFC kini menguasai pasaran makanan segera tempatan sebanyak 45 peratus dan menjadi rangkaian makanan segera nombor satu di Malaysia.

Oleh itu, katanya, pihaknya sentiasa mencari resipi dan menu baharu yang menepati kehendak pelanggan dalam memastikan KFC masih menjadi pilihan utama pelanggan.

“Sebagai sebuah jenama makanan yang berinovati­f, kami sentiasa mencari cara untuk memperting­katkan keenakan ayam dan kami percaya hidangan yang penuh dengan rasa kerangupan, pedas, masam dan berperisa amat sesuai untuk pelanggan ketika menyambut Ramadan.

Tiga rasa berbeza

“Kempen ini, mempromosi­kan hidangan ayam goreng enak dengan tiga rasa berbeza iaitu pedas, masam dan keju.

“Ia memberi peluang kepada kami menghidang­kan sesuatu yang baharu dan berkongsi pengalaman yang indah setiap kali pelanggan berbuka puasa bersama keluarga,” katanya ketika pelancaran hidangan itu semalam.

KFC Keju 3 Rasa menampilka­n ayam goreng KFC yang disaluti sos keju pedas masam dan digabungka­n dengan hidangan sampingan KFC seperti Colonel Rice dan kentang putar, selain minuman premium terbaru, SJORA Strawberi Kiwi.

Hidangan itu boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari harga RM13.50 untuk hidangan kombo dua ketul ayam dan RM32.90 untuk lima ketul ayam.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] ?? Merril (dua dari kiri) bersama Pengurus Besar QSR, Sharifah Musainah Syed Alwi (dua dari kanan) pada pelancaran kempen terbaru KFC sempena Ramadan, ‘Keju 3 Rasa’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] Merril (dua dari kiri) bersama Pengurus Besar QSR, Sharifah Musainah Syed Alwi (dua dari kanan) pada pelancaran kempen terbaru KFC sempena Ramadan, ‘Keju 3 Rasa’ di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia