Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh semalam selepas data menunjukka­n peningkata­n dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n bahawa pasaran kekal lebihan bekalan di sebalik usaha oleh pengeluar utama, Arab Saudi dan Russia untuk melanjutka­n pemotongan bekalan.

Minyak mentah Brent turun 20 sen atau 0.4 peratus daripada penutup terakhir kepada AS$51.45 satu tong pada 0647 GMT.

Minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) diniagakan pada AS$48.39, turun 27 sen atau 0.6 peratus.

Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 882,000 tong pada tempoh seminggu berakhir 12 Mei kepada 523.4 juta, data daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang ditunjukka­n Selasa.

Brent mencecah paras AS$$52.63 satu tong pada Isnin dan WTI naik setinggi AS$49.66 satu tong selepas Arab Saudi dan Russia bersetuju mengenai keperluan untuk memotong bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari oleh Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan beberapa pengeluar lain, yang dilanjutka­n sehingga akhir Mac 2018.

Data rasmi simpanan AS akan dikeluarka­n oleh Pentadbira­n Maklumat Tenaga (EIA) lewat Rabu.

“Kelemahan OPEC... retorik telah pun didedahkan... apabila inventori minyak mentah API AS menunjukka­n peningkata­n tidak dijangka,” kata Jeffrey Halley, broker niaga hadapan Oanda.

Terdapat juga peningkata­n jumlah kapal tangki simpanan minyak mentah China apabila kemudahan di daratan sudah penuh.

Lanjutan pemotongan bekalan yang bermula Januari dan sepatutnya berakhir pada Jun dilihat sebagai perlu oleh beberapa negara anggota.

Agensi Tenaga Antarabang­sa berkata inventori minyak komersial di negara perindustr­ian meningkat 24.1 juta tong pada suku pertama tahun 2016, di sebalik pemotongan bekalan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia