Berita Harian

Ketidakten­tuan politik AS jejas pasaran

-

Saham niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) dan dolar menyusut pada Rabu berikutan kebimbanga­n terhadap ketidakten­tuan politik AS selepas laporan media mengatakan Presiden Donald Trump meminta FBI menamatkan siasatan ke atas bekas penasihat keselamata­n negara beliau.

Laporan itu mengutarak­an persoalan sama ada halangan itu membolehka­n dakwaan keadilan boleh dibuat terhadap Trump, sekali gus melemahkan keyakinan terhadap keupayaan Presiden AS itu untuk menyuntik program rangsangan agresif yang dijanjikan sejak pilihan raya pada November lalu.

S&P 500 jatuh 0.5 peratus kepada 2,385, walaupun ia berjaya berada di atas paras terendah baru-baru ini pada sekitar 2,379.

Saham Eropah dijangka dibuka lebih rendah, dengan jangkaan penurunan sebanyak 0.6 peratus DAX Jerman, 0.4 peratus CAC Perancis dan 0.2 peratus FTSE Britain.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 0.3 peratus manakala Nikkei Jepun susut 0.5 peratus.

Ketua strategi pasaran di Jones Trading, Mike O’rourke menulis dalam satu nota ‘peningkata­n keraguan terhadap pimpinan politik AS mampu menjana kitaran lebih baik di Eropah.

“Situasi kekal lemah, namun perkembang­an ini akan memberi kesan kepada pasaran kewangan daripada persekitar­an turun naik.”

Ketua Strategi di Mizuho Securities, Nobuhiko Kuramochi, berkata kebimbanga­n mengenai politik Eropah dan Korea Utara surut, namun kini pelabur bimbang mengenai pentadbira­n Trump.

“Memandangk­an ada beberapa indeks saham yang meningkat lebih daripada 10 peratus setakat tahun ini, kita boleh memasuki fasa penyatuan.

Dolar jatuh 0.7 peratus kepada 112.37 yen, susut daripada paras tertinggi 114.40 yen pada minggu lalu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pasaran Asia menyusut berikutan tindakan Presiden AS.
[ FOTO AGENSI ] Pasaran Asia menyusut berikutan tindakan Presiden AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia