Berita Harian

FBM KLCI ditutup rendah

Pengambila­n untung, harga minyak terus pengaruhi indeks

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan aktiviti pengambila­n untung dan harga minyak mentah yang masih tidak menentu, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 2.50 mata lebih rendah kepada 1,775.65 berbanding 1,77815 ketika ditutup kelmarin. Minyak mentah Brent turun 50 sen kepada AS$51.15 satu tong manakala minyak West Texas Intermedia­te (WTI) Amerika Syarikat susut 51 sen kepada AS$48.15 satu tong, berikutan peningkata­n inventori minyak mentah.

Selepas dibuka 1.59 mata lebih tinggi kepada 1,779.74 pagi ini, indeks penanda aras itu bergerak antara 1,770.22 dan 1,779.94 sepanjang hari. Bagi keseluruha­n pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 473 berbanding 417, manakala 400 kaunter tidak berubah, 470 kaunter tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.45 bilion unit bernilai RM2.88 bilion daripada 3.51 bilion unit bernilai RM3.84 bilion yang dicatat semalam. Sentimen di pasaran serantau, termasuk bursa tempatan turut dipengaruh­i prestasi lemah di Wall Street selepas Presiden Donald Trump meminta bekas Pengarah FBI, James Comey menamatkan siasatan ke atas bekas penasihat keselamata­nnya.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas merosot 66 sen kepada RM19.04, IOI Corp kurang empat sen kepada RM4.60, YTL turun satu sen kepada RM1.52 manakala Hap Seng tidak berubah pada RM8.92.

Indeks FBM Emas turun

Bagi saham aktif, Priceworth Internatio­nal menokok empat sen kepada 29 sen, Globaltec Formation naik setengah sen kepada enam sen, sementara Netx kurang setengah sen kepada tujuh sen dan Jag tidak berubah pada 15 sen.

Indeks FBM Emas turun 9.35 mata kepada 12,728.69, Indeks FBMT100 kurang 8.31 mata kepada 12,356.68, namun Indeks FBM Emas Syariah naik 2.03 mata kepada 13,083.45. FBM 70 melonjak 23.70 mata kepada 15,368.74 bagaimanap­un FBM Ace susut 21.89 mata kepada 6,470.43.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan kurang 4.03 mata kepada 16,404.91, Indeks Perladanga­n turun 19.13 mata kepada 8,103.28 dan Indeks Perusahaan merosot 25.11 mata kepada 3,268.33.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 2.28 bilion unit bernilai RM2.71 bilion daripada 2.43 bilion unit bernilai RM3.67 bilion yang dicatatkan semalam. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 755.73 juta unit bernilai RM112.49 juta daripada 735.73 juta unit bernilai RM118.51 juta yang diniagakan pada Selasa.

Waran melonjak kepada 411.36 juta unit bernilai RM58.97 juta daripada 337.12 juta unit bernilai RM42.82 juta. Barangan pengguna menyumbang 95.54 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (740.20 juta), pembinaan (252.94 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (579.31 juta), teknologi (190.04 juta), infrastruk­tur (25.67 juta), SPAC (2.08 juta), kewangan (70.60 juta), hotel (2.49 juta), hartanah (376.03 juta), perladanga­n (21.83 juta), perlombong­an (2,100), REIT (4.57 juta) dan dana tertutup (3,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia