Berita Harian

Nasi lemak berhias ganti kek hari istimewa

-

Daripada hidangan untuk sarapan hingga menjadi makanan yang dinikmati sepanjang hari, status nasi lemak kini diangkat pula sebagai pengganti kek perkahwina­n, malah ada yang menjadikan­nya sebagai hantaran.

Melihatkan perkembang­an semasa ini, pemilik Redd’zert Bakery, Sofia Eianastasi­a Soffian Chen, 28, enggan melepaskan peluang memperkena­lkan kek nasi lemak di kedai kek miliknya apabila mula mengambil tempahan sejak beberapa bulan lalu.

Sofia berkata, selain dijadikan kek perkahwina­n, nasi lemak berhias ini juga cukup sesuai dijadikan pengganti pada kek hari jadi atau pertunanga­n.

“Memang sejak awal memperkena­lkan kek nasi lemak ini kami tidak putusputus menerima tempahan terutama daripada mereka yang mahukan kelainan.

“Ada yang menempah untuk majlis perkahwina­n, tidak kurang juga mahu dijadikan hantaran dan kejutan sempena hari jadi ahli keluarga,” katanya kepada Aura.

Idea daripada media sosial

Berkongsi idea menghasilk­an kek ini, Sofia berkata semuanya bermula apabila kek ini menjadi viral di media sosial beberapa bulan lalu.

Tidak mahu ketinggala­n, beliau mencuba membuatnya mengikut kreativiti sendiri sehingga ia mendapat sambutan dan diterima pelanggan.

Setiap tempahan adalah mengikut kehendak pelanggan tetapi Sofia hanya memperkena­lkan empat jenis lauk iaitu sambal sotong, ikan bilis, rendang dan sambal udang petai.

“Setiap kek berkenaan dijual antara RM45 hingga RM65 mengikut jenis lauk yang dipilih tetapi semuanya akan saya sediakan pada hari yang akan diambil pelanggan bagi mengekalka­n kesegarann­ya.

“Selain ketelitian dalam membuatnya, proses penghantar­an kepada pelanggan juga perlu dijalankan secara berhatihat­i supaya diterima mereka dalam keadaan baik.

“Biasanya saya akan sediakan kek ini beberapa jam sebelum proses penghantar­an,” katanya yang sudah lima tahun menceburi bidang pembuatan kek.

Enak dimakan panas

Sofia berkata, selain nasi lemak bersaiz 8 inci beliau turut menjual kek nasi lemak bersaiz mini dengan harga bermula dari RM15 yang biasanya diminta pelanggan bagi tujuan meraikan hari jadi.

Seperti enaknya nasi lemak bungkus yang perlu dimakan panas, Sofia berkata, kek nasi lemak juga lebih elok dimakan ketika masih panas.

“Saya sentiasa memastikan kek berkenaan kekal panas semasa pelanggan datang mengambiln­ya atau ketika penghantar­an.

“Waktu penghantar­an adalah paling kritikal memandangk­an suhu nasi cepat berubah ketika dalam perjalanan. Jadi suhu kenderaan juga perlu diambil kira supaya tidak akan menjejaska­n kek berkenaan,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya dalam menyediaka­n tempahan pelanggan, Sofia berkata beliau turut menerima tempahan nasi lemak bertingkat untuk majlis perkahwina­n.

Namun tidak seperti kek perkahwina­n biasa yang akan disusun bertingkat, kek nasi lemak hanya menggunaka­n dulang kek yang diletakkan mengikut ketinggian berbeza bagi membentuk susunan bertingkat.

“Ini kerana tekstur nasi yang mudah lerai dan pecah tidak sesuai jika disusun bertingkat seperti mana kek perkahwina­n biasa.

“Di sini kreativiti amat penting untuk memastikan kek yang dihasilkan mampu memukau setiap mata yang memandang,” katanya.

Mahukan sesuatu berbeza untuk majlis perkahwina­n atau hari jadi? Apa kata cuba nasi lemak berhias ini atau mungkin boleh dipanggil sebagai ‘kek nasi lemak.’

Bukan saja cantik untuk kedua majlis berkenaan tetapi juga cukup mudah disediakan berbanding jika mahu membuat kek sempena meraikan hari istimewa itu.

Tambahan pula nasi lemak adalah makanan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia, jadi tidak salah mencari kelainan dengan menu ini.

Kreativiti sendiri

Gunakan kreativiti sendiri untuk menghias tetapi sebaiknya bahan asas dalam penyediaan nasi lemak seperti sambal, telur dan timun digunakan dalam seni hiasan ini.

Cuma anda perlu bijak memilih bahan dan menyesuaik­an dengan keperluan menghias memandangk­an kek ini tidak boleh bertahan lama seperti mana kek biasa.

Mungkin ini akan menjadi alternatif terbaik kepada mereka yang tidak gemarkan makanan manis dan terlalu berkrim seperti kek. Pemilik Redd’zert Bakery

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia