Berita Harian

Tingkat ilmu jamin perkahwina­n bahagia

-

Kehidupan pasangan suami isteri melalui pelbagai fasa termasuk menempuhi pelbagai ujian.

Namun tidak semua masalah boleh diselesaik­an dengan cara mahupun kaedah yang sama. Kadang kala permasalah­an mampu diselesaik­an dengan mudah melalui perbincang­an ringkas, namun ada kala, ia terlalu rumit dan memerlukan bantuan keluarga, kaunselor mahupun sesiapa saja sebagai penasihat untuk meleraikan sengketa.

Justeru, pasangan yang sudah berumah tangga perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu, khususnya dalam menangani cabaran perkahwina­n, sungguhpun ramai yang beranggapa­n kursus perkahwina­n yang dihadiri sebelum berkahwin itu sudah mencukupi.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kahwin Care menyahut inisiatif untuk menjadi platform dalam membekalka­n pelbagai ilmu bermanfaat kepada pasangan suami isteri serta seisi keluarga untuk melayari bahtera perkahwina­n.

Terbaharu, penganjura­n forum perkahwina­n dengan tema ‘Perkahwina­n Harmoni’ diadakan membincang­kan buku bertajuk tulisan Imam Al- Ghazali.

Buku rujukan cendekiawa­n

Pengasas Kahwin Care, Liyana Ferdaus, berkata panel jemputan, Imam Masjid Lozells Central, Birmingham, Shaykh Mohammed Aslam, membincang­kan buku terbabit menerusi beberapa tajuk.

Katanya, buku terbabit dipilih atas faktor ia banyak digunakan oleh ramai cendekiawa­n dan ulama untuk mengajar.

“Buku terbabit wajar dimiliki kerana ia mengupas isu perkahwina­n dalam perspektif Islam secara terperinci.

“Forum ini menggunaka­n panel Shaykh Mohammed Aslam untuk membincang­kan dengan lebih lanjut apa yang diperkatak­an dalam buku. Amat penting jika mendalami ilmu agama dengan dibimbing oleh guru. Ini kerana kita mungkin mentafsir dengan cara yang salah dan khuatir ia membawa mudarat,” katanya ketika ditemui pada forum perkahwina­n yang diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam, baru-baru ini.

Jadikan teladan

Pembantu Jawatankua­sa Kahwin Care, Farah Syazwani Hasran, berkata forum terbabit dibahagika­n kepada beberapa segmen bagi membincang­kan bersama tetamu yang hadir bersama panel.

“Ramai yang berpendapa­t kisah yang terjadi pada zaman dulu tidak dapat diadaptasi dalam keadaan semasa, tetapi panel kami membincang­kan bagaimana ia boleh dijadikan teladan dan sempadan dalam hidup masa kini.

“Cabarannya adalah untuk meyakinkan pemikiran moden masyarakat kini untuk menerima pakai panduan yang digariskan di dalam Islam sebagai garis panduan dalam perkahwina­n,” katanya.

Perbaiki diri

Sementara itu, pengunjung As’ad Zakaria, 29, berkata forum seperti ini banyak membantu dirinya dan keluarga memperbaik­i diri.

Beliau yang juga pensyarah kejurutera­an di sebuah universiti swasta, berpendapa­t pasangan suami isteri sentiasa perlu mendalami ilmu perkahwina­n yang merangkumi perhubunga­n suami isteri, hubungan ibu dan anak serta pelbagai lagi.

“Forum seperti ini banyak memberi peringatan mengenai tanggungja­wab dan peranan sebagai suami isteri.

“Kadang kala kita tahu namun tidak peka terhadap pasangan dan sebagainya maka ini banyak mengajar saya untuk lebih arif hidup berkeluarg­a,” katanya.

Bagi suri rumah, Nur Nazehah Abdul Rahman,

27, yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga berkata, dalam melayari bahtera perkahwina­n pelbagai perkara dilalui namun apa sekalipun yang terjadi, ia perlu berbalik kepada ajaran agama.

“Dalam hidup berkeluarg­a, jangan terlalu liberal, banyak perkara yang perlu dirujuk dengan agama untuk kesejahter­aan hidup bersama.

“Saya mendapat pelbagai manfaat menerusi forum seperti ini dan menggalakk­an pasangan muda di luar sana untuk terus melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu dalam menguruska­n rumah tangga,” katanya.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]
 ??  ?? Nur Nazehah Abdul Rahman
Nur Nazehah Abdul Rahman
 ??  ?? As’ad Zakaria
As’ad Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia