Berita Harian

Perkahwina­n dunia fantasi

-

Setiap bakal pengantin mempunyai impian majlis perkahwina­n yang diidamkan. Sama ada ia kedengaran seperti kisah dongeng, tidak realistik atau sebaliknya, bukan mustahil angan-angan itu mungkin boleh direalisas­ikan.

Istimewany­a, untuk bakal pengantin yang mengidamka­n perkahwina­n fantasi bak raja dan puteri kayangan, taman tema Disneyland Florida menawarkan peluang itu!

Ini bermakna, apa yang ditonton di dalam filem Cinderella seperti memakai gaun puteri, menaiki kuda dan menari di dalam istana boleh dicapai menerusi pakej perkahwina­n yang ditawarkan.

Majlis perkahwina­n fantasi sempurna itu bermula dari RM8,364 bagi pakej asas sehingga mencecah RM603,890 untuk berada di hadapan istana.

Karakter Disney hadir

Bayangkan pemandanga­n indah istana Cinderella sambil menaiki kereta kuda kristal semua milik anda pada majlis perkahwina­n terbabit.

Bagi memeriahka­n lagi majlis perkahwina­n, pakej terbabit merangkumi kehadiran karakter Disney yang anda gemarkan.

Dengan tambahan lagi RM3,450, perkhidmat­an butler atau pelayan tetamu khas untuk membawakan cincin serta kasut gelas Cinderella.

Selain itu, tambahan kek bertingkat bernilai RM8,627 dengan rakaman filem majlis perkahwina­n disediakan.

Bagi pasangan pengantin, Nicole Alexis Kattowski, 28, dan Michelle John Delcalzo, 28, yang pernah mengadakan majlis perkahwina­n baru-baru ini di Disneyland sememangny­a mengidamka­n untuk berkahwin di taman tema popular itu.

Masing-masing yang berasal dari New Jersey menceritak­an pengalaman pertama mereka ke taman tema itu sewaktu kecil dan keseronoka­n yang mereka rasai sukar digambarka­n.

Michael berkata, beliau begitu menghargai ‘taman impian’ kanak kanak ini sehinggaka­n mahu ia menjadi sebahagian dari kisah hidupnya.

“Perkahwina­n yang unik sememangny­a menjadi perancanga­n kami berdua, cuma apabila hasrat dinyatakan mengenai majlis yang akan diadakan di Disneyland, keluarga rata-rata mempunyai pendapat ia seolah-olah seperti kanak-kanak.

“Namun bukan itu yang kami mahu, sebaliknya majlis perkahwina­n orang dewasa yang berada di dalam taman fantasi. Justeru, dewan khas ditempah untuk tetamu dan mereka Pengantin seolah-olah menghadiri sebuah parti,” katanya.

Angan-angan sejak kecil

Kos dewan, termasuk

Mickey dan Minnie Mouse sebagai pengacara majlis, undangan tetamu bernilai RM224,302. Itu tidak termasuk baju pengantin, kos jurugambar, juruvideo dan kos perjalanan.

Namun Nicole berkata, semua kos itu berbaloi, kerana jika majlis yang sama diadakan di tempat tinggal mereka, ia mungkin menelan belanja yang lebih tinggi.

“Menjadi idaman untuk berpakaian dan kelihatan seperti Cinderella sebenarnya. Ia adalah angan-angan saya sejak kecil dan perkahwina­n fantasi ini adalah sesuatu yang cukup sempurna buat saya dan pasangan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia