Berita Harian

Pulai Springs Resort hidang lebih 100 juadah Ramadan

-

Pulai Springs Resort di Johor Bahru, menawarkan lebih 100 hidangan tradisiona­l bufet Ramadan bertemakan ‘Bufet ala Citrawarna’, gabungan dari 14 negeri di Malaysia.

Sebagai tarikan, dekorasi hiasan dalaman, Restoran Gleneagles Terrace, ?dihias indah dan melambangk­an kebudayaan rakyat Malaysia.

Eksekutif Chef, Ian Lim Ewe Jin, berkata antara menu menarik yang dihidangka­n termasuk sate ayam dan daging, kambing golek, ayam panggang serta ikan bakar bersama aneka sos pilihan yang boleh didapati di Warung Bakar-bakar.

“Hidangan pilihan cef yang mesti dicuba pelanggan antaranya popiah basah, udang mentega, nasi Arab, laksa Penang, selain Swedish Meatball bersama kentang putar termasuk sup istimewa daripada chef iaitu Sup Power Chef, yang dihidangka­n bersama roti Perancis dan sambal kicap serta Sup Tulang Merah.

Aneka sambal

“Makanan kegemaran masyarakat tempatan pula seperti asam pedas Kota Laksamana (Melaka), nasi impit bersama serunding dan rendang, selain nangka muda masak lemak, gulai ikan tenggiri dengan bendi, ikan keli sambal cili, kari ikan masin dengan ubi, daging panggang kuah asam ala Thai dan daging Minangkaba­u,” katanya.

Bufet turut menyajikan pelbagai jenis ulam kampung yang disertakan dengan pelbagai jenis sambal.

Ewe Jin berkata, aneka pilihan pencuci mulut termasuk ABC, cendol, ais krim Malaysia, potongan buah, aneka jenis kek, teh tarik, kopi tarik serta bubur kacang hijau dan serawa bubur durian berpulut yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia turut disediakan.

“Selain itu, terdapat juga pencuci mulut istimewa yang sering menjadi pilihan utama bagi pelanggan Restoran Qing Palace iaitu Muaji,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia