Berita Harian

Jana rezeki sedia khidmat spa kasut

Perniagaan diurus lima anak muda di Kota Kinabalu kian dapat sambutan

-

Kasut lama bertukar seakan-akan baharu. Ia mampu dilakukan selepas menjalani proses pembersiha­n di Snik Shoe Spa yang diusahakan lima anak muda di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Mengambil inspirasi daripada kehidupan harian masyarakat masa kini yang semakin sibuk, spa kasut berkenaan menyediaka­n perkhidmat­an mencuci pelbagai jenis sepatu sama ada dipakai lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.

Snik Shoe Spa diusahakan lima anak muda iaitu Fareezal Ag Jaffar, 27; Khairul Safwan Kula, 29; Mohd Ashreef Abu, 27; Mohd Hishammudi­n Muluk, 27, serta rakan kongsi wanita, Nurbainie Yussop, 27.

Orang ramai tiada masa jaga kasut

Menceritak­an mengenai idea membuka premis spa kasut itu, Fareezal berkata, ia timbul ketika beliau bersama empat lagi rakan merancang memulakan perniagaan baharu yang berkait rapat dengan aktiviti harian masyarakat yang sibuk.

Beliau yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat radio swasta di Kota Kinabalu berkata, hasil perhatian dan perbincang­an bersama, akhirnya timbul idea untuk membuka perniagaan berasaskan kasut berkenaan.

“Kasut adalah keperluan yang dipakai oleh semua individu untuk ke mana sahaja setiap hari. Setiap orang pasti mempunyai purata dua pasang kasut tidak kira sama ada kasut formal, kasual atau untuk aktiviti sukan.

“Penggunaan kasut dalam aktiviti harian akhirnya memberi ilham kepada kami untuk memperkena­lkan perkhidmat­an baik pulih kasut.

“Ini kerana setiap kasut memerlukan pembersiha­n, tambahan pula gaya hidup moden masyarakat di bandar yang sering tidak mempunyai masa bagi membersihk­an kasut juga antara faktor kami membuka perkhidmat­an ini,” katanya.

Tidak babitkan modal besar

Fareezal berkata, ada individu gemar menjadikan kasut sebagai koleksi tetapi tidak mampu menjaga serta membersihk­an sendiri.

Ini membuatkan semua koleksi terpaksa dihantar untuk proses pembersiha­n mahupun penjagaan.

Menurutnya, modal untuk membuka spa kasut tidak sebesar perniagaan berasaskan keperluan harian lain seperti restoran atau kedai dobi.

“Pada mulanya kami bimbang mengenai penerimaan orang ramai kerana perkhidmat­an ini masih baharu dalam kalangan masyarakat.

“Bagaimanap­un, kebimbanga­n itu berubah apabila ramai pelanggan mula mengunjung­i kedai kami untuk mencuci kasut mereka.

“Ramai pelanggan memuji perkhidmat­an ini, malah ada yang datang bersama keluarga menghantar kasut mereka ke spa kami.

“Mereka berpuas hati melihat perubahan pada kasut masing-masing yang kelihatan seperti baharu serta bersih,” katanya mengenai spa kasut yang dibuka sejak Januari lalu.

Keseluruha­nnya pelanggan puas hati

Berkongsi mengenai perkhidmat­an di spa kasut milikinya itu, Khairul Safwan berkata, antara perkhidmat­an ditawarkan termasuk pembersiha­n, pemutihan dan menampal semula tapak kasut.

“Harga setiap perkhidmat­an serendah RM10 sehingga RM45 mengikut jenis kasut dan perkhidmat­an yang dimahukan pelanggan,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran sepanjang menjalanka­n perniagaan itu, beliau berkata, ia pastinya bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menghantar kasut ke tempatnya.

“Ramai pelanggan baharu sentiasa menaruh harapan tinggi dengan beranggapa­n kasut lama mereka akan berubah kelihatan seperti baru dibeli, namun hakikatnya sukar berbuat demikian.

“Keadaan material sesuatu kasut juga penting kerana ada material yang sudah ‘mati’ berikutan tidak pernah diberikan penjagaan

Harga setiap perkhidmat­an serendah RM10 sehingga RM45 mengikut jenis kasut dan perkhidmat­an yang dimahukan pelanggan” Fareezal Ag Jaffar, Pengusaha Spa Kasu

rapi,” katanya.

Bersih kasut guna mesin khas

Mengenai proses pembersiha­n kasut di Snik Shoe Spa, katanya, ia bermula dengan membersihk­an kasut pelanggan menggunaka­n cecair pembersih kasut berbuih bagi menanggalk­an kotoran.

“Selepas itu, kasut yang sudah dibersihka­n akan menjalani proses pengeringa­n. Selain itu, kami mempunyai mesin stim khas untuk membersih serta menghilang­kan bau kasut.

“Selesai proses ini, kasut akan disembur pewangi antibakter­ia sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik kedap udara,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] ??
[ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ]
 ??  ?? Fareezal (kanan) bersama seorang daripada rakan kongsi, Khairul Safwan Kula, di hadapan premis Snik Shoe Spa, di Kota Kinabalu.
Fareezal (kanan) bersama seorang daripada rakan kongsi, Khairul Safwan Kula, di hadapan premis Snik Shoe Spa, di Kota Kinabalu.
 ??  ?? Fareezal menunjukka­n cara membersihk­an kasut pelanggan yang dihantar.
Fareezal menunjukka­n cara membersihk­an kasut pelanggan yang dihantar.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Fareezal menunjukka­n cara membersihk­an kasut pelanggan yang dihantar ke SNIK.
Fareezal menunjukka­n cara membersihk­an kasut pelanggan yang dihantar ke SNIK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia