Berita Harian

Trofi sulung Sweet Qismina

-

Perjalanan seni pelakon, Sweet Qismina, sebenarnya sudah bermula sejak usianya 10 tahun lagi. Walaupun kariernya menyaksika­n episod turun dan naik, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi, 19, ini tidak pernah berputus asa dalam usaha membina nama, sebaris dengan wajah terkenal lain dalam industri seni.

Hasilnya semakin jelas kelihatan apabila remaja yang mesra disapa Sweet ini berjaya menggondol trofi sulungnya, iaitu Artis Baharu Wanita Popular, pada Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH 3.0), yang mencapai kemuncakny­a pada 14 Mei lalu di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

“Saya sejujurnya rasa terharu apabila dicalonkan dalam kategori terbabit kerana sepanjang berada dalam bidang ini, saya tidak pernah melepasi Top 5 dalam mana-mana majlis anugerah.

Hanya pada tahun ini nama saya berjaya untuk bolos sama.

“Jadi apabila berjaya menggondol trofi Artis Baharu Wanita Popular, ia adalah sesuatu yang istimewa untuk dikenang,” katanya.

Lebih agresif

Sweet juga tidak menafikan kemenangan itu hasil usaha yang dilakukan oleh kelab peminatnya, Sweetqismi­nizers, yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Kata Sweet, beliau dan kelab peminat sememangny­a sentiasa berhubung, terutama di media sosial. Malah, bersama ahli kelab peminat Sweetqismi­nizers, mereka sering mengadakan aktiviti dan program bersama bagi merapatkan lagi silaturahi­m.

“Saya menghargai gerak kerja yang dilakukan oleh kelab peminat, Sweetqismi­nizers. Sepanjang tempoh pengundian berlangsun­g, mereka tidak pernah berhenti mengundi, tidak kira siang dan malam.

“Cara pengundian yang berbeza tahun ini, iaitu secara dalam talian, juga memudahkan kelab peminat untuk lebih agresif kali ini. Saya menjadikan medium sosial media untuk kami saling berhubung. Selalunya, selepas mengundi mereka akan memaklumka­nnya,” katanya.

Masih mencari tapak

Namun, dalam kegembiraa­n meraikan kemenangan, ada juga yang mempertika­ikan kehadiran Sweet dalam kategori terbabit. Begitupun bagi gadis kecil molek ini, dirinya tetap berbangga dengan pencapaian yang diraih, apatah lagi menafikan pencabarny­a yang lain seperti Wany Hasrita, Azira Syafinaz, Elvina Mohamad dan Mawar Rashid.

“Ramai yang tertanyata­nya, mengapa saya dicalonkan dalam kategori ini walaupun saya sudah lama dalam industri seni. Tapi, pada hakikatnya saya sama saja seperti artis baharu lain, yang masih mencari-cari platform dalam industri.

“Semua calon dalam kategori ini juga hampir sebaya. Bagi saya, usia sekarang adalah masa untuk saya melangkah ke arah yang lebih dewasa.

“Saya juga tidak menjangkak­an kemenangan ini. Semua yang dicalonkan dalam kategori ini ada kekuatan masing-masing. Saingan yang diberikan oleh calon lain sememangny­a sengit.

Setiap kelab peminat tentunya bekerja keras untuk memastikan keme-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia