Berita Harian

‘Pengacara lebih mencabar’

-

Mengekalka­n kedudukan sebagai Pengacara Televisyen (TV) Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selama empat tahun, Neelofa tidak meletakkan dirinya sebagai hos yang hebat. Sebaliknya, ia mendorong bintang jelita ini bekerja lebih kuat bagi memberikan yang terbaik buat peminat.

Sedar bidang pengacaraa­n bukanlah kerjaya mudah dan boleh dipandang remeh, Neelofa menganggap mengendali­kan sebuah program secara langsung sangat mencabar dirinya berbanding lakonan.

Apabila disenaraik­an sebagai calon Top 5 berdepan saingan Alif

Satar, Mira Filzah, Nabil Ahmad dan Zizan Razak, Neelofa tidak meletakkan sebarang harapan. Apatah lagi, kategori itu ditandingi calon lelaki dan wanita.

“Saya fikir definisi kemenangan kali ini berbeza kerana proses undian dibuat secara online dan keputusan lebih telus. Orang tak boleh pertikai kerana corak pengundian menjadi lebih ketat dan tak boleh agak siapa yang menang.

“Memang saya terkejut dan tak sangka pengundi atau peminat masih mahu melihat saya terus berada dalam bidang ini.

“Kekuatan saya adalah sokongan daripada peminat. Ini kerana mereka yang menilai dan melihat kredibilit­i hasil kerja kita. Kalau bukan kerana mereka, saya tak akan berada di tahap sekarang,” katanya yang mula merangkul trofi Pengacara TV Wanita Popular pada ABPBH 2013 sebelum kategori itu digabungka­n.

Trofi milik peminat

Rezeki lebih memihak kepadanya untuk menggalas gelaran pengacara popular, pelakon berusia 28 tahun ini tidak pernah menjadikan populariti sebagai tunjang untuk meletakkan dirinya pada tahap tertinggi.

Sentiasa memperbaik­i kelemahan selain belajar meneroka sesuatu yang baharu, apa yang dikecapi hari ini dianggap pembakar semangat agar kekal dalam posisi sekarang.

“Siapa pun tidak akan pernah puas biarpun meraih anugerah tertinggi. Bagi saya, selagi adanya peminat yang menjadi tulang belakang saya untuk terus maju dalam bidang ini, selagi itu saya akan berusaha keras demi mereka.

“Kemenangan hari ini adalah milik mereka sebab mereka nampak kebolehan yang saya ada. Populariti ini macam kitaran. Bila tiba rezeki kita, diri kita diibaratka­n seperti lampu limpah yang menjadi perhatian ramai.

“Sebagai artis, kita harus bijak menggunaka­n peluang untuk mencari kualiti yang kita ada,” katanya.

Tak pernah rasa selesa

Biarpun gagal meraih trofi Pelakon TV Wanita Popular, Neelofa sudah cukup berpuas hati dengan kemenangan diperoleh.

“Saya tidak boleh meletakkan diri berada di zon selesa dengan kemenangan ini. Sebaliknya, saya perlu kembalikan apa yang peminat berikan. Orang di luar sana memberikan saya kekuatan untuk bekerja keras dalam bidang ini. Sudah menjadi tugas saya, memuaskan hati mereka.

“Saya tidak meletakkan harapan, tetapi, memenangi hati peminat dengan keme nangan ini sudah cukup menggembir­akan saya. Namun, untuk saya berada di kedudukan (kategori) lain, itu terpulang kepada rezeki kerana kuasa di tangan pengundi,” katanya.

Impak daripada fenomena Lofattah juga dianggap pendorong kemenangan­nya. Namun, bagi Neelofa, kontrovers­i tercetus daripada hubunganny­a dengan pelakon kacak, Fattah Amin dianggap rencah kehidupan anak seni.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia