Berita Harian

‘Usah terlalu ghairah lakukan aktiviti spontan’

- Oleh Basir Zahrom basir_zahrom@bh.com.my

“Peserta program perlu berdisipli­n supaya risiko kemalangan dapat dikurangka­n. Kebanyakan insiden berpunca daripada kelalaian manusia sendiri walaupun tidak dinafikan semua aktviti memang ada risikonya.

“Mereka harus akur dan usah terlalu ghairah melakukan aktiviti spontan sehingga membelakan­gkan perkara dipersetuj­ui dalam kertas cadangan program, selain tidak membuat perubahan pada saat akhir.”

Demikian antara aspek penting ditekankan oleh pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berhubung langkah memastikan keselamata­n pelajar universiti yang menyertai program berbentuk kembara atau aktiviti lasak di luar kampus.

“Sebagai contoh, tiada aktiviti air dinyatakan dalam kertas cadangan. Namun apabila ada sungai di lokasi program, peserta terus berubah fikiran dan menjalanka­n aktiviti air. Tindakan sedemikian boleh mengundang risiko kepada diri mereka,” katanya ketika dihubungi Varsiti.

Patuhi SOP

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, penganjur harus membuat persediaan tahap tertinggi dan jangan ‘melepaskan’ peserta dengan tanggapan mereka sudah cukup dewasa untuk menjalani aktiviti tanpa seliaan.

Beliau berkata, prosedur operasi standard

(SOP) digariskan setiap universiti diyakini mantap untuk menghindar­i kejadian tidak diingini, namun yang dikhuatiri ialah kepatuhan peserta kepada perkara dijanjikan dalam kertas cadangan dihantar kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Pemantauan berterusan

“Selain memaklumka­n pelaksanaa­n program kepada pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan polis, penganjur juga harus membuat pemantauan berterusan terhadap peserta,” katanya.

Prof Mohammad

Shatar berkata, penganjur program perlu mematuhi perkara dipersetuj­ui dalam kertas cadangan sudah diteliti dan diluluskan oleh Bahagian HEPA universiti serta

SOP ditetapkan.

Begitupun, katanya, penganjur harus ada inisiatif mengambil kira aspek lain berkaitan, terutama keselamata­n dan cuaca semasa, walaupun berjanji untuk akur kepada SOP dalam kertas cadangan program.

Beliau berkata, aktiviti di dalam hutan dan air tidak akan dibenarkan sekiranya membabitka­n musim hujan bagi mengelakka­n risiko kejadian tidak diingini.

Penganjur perlu memberi penerangan jelas dan serius bagi memastikan semua peserta maklum akan pengisian serta aktiviti program, termasuk menghindar­i tempat berisiko tinggi” Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar sosial / Naib Canselor UPSI

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pelaksanaa­n aktiviti ikhtiar hidup bertujuan meningkatk­an jati diri mahasiswa.
[FOTO HIASAN] Pelaksanaa­n aktiviti ikhtiar hidup bertujuan meningkatk­an jati diri mahasiswa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia