Berita Harian

Persiapan rapi bantu usaha menyelamat

-

Kuala Lumpur: Persiapan rapi mesti dititikber­atkan dalam penganjura­n sebarang program membabitka­n aktiviti lasak di luar kampus supaya usaha menyelamat dapat dilaksanak­an dengan cekap sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Nurhazwani Zabidin, berkata misalnya bagi aktiviti meredah hutan, antara langkah penting perlu diambil ialah mendapatka­n permit kebenaran daripada Jabatan Perhutanan.

Di samping itu, katanya, penganjur juga harus memenuhi prosedur keselamata­n lain seperti memaklumka­n kepada pihak polis sebelum menjalanka­n program.

Beliau berkata, aktiviti mendaki bukit dan gunung menjadi trend dalam kalangan orang muda kini, termasuk mahasiswa, namun ada yang gagal mematuhi prosedur keselamata­n ditetapkan.

Ambil iktibar

“Atas dasar keselamata­n, aktiviti sedemikian boleh dijalankan di tapak perkhemaha­n yang ada penyeliaan penuh dengan kelengkapa­n dan pemantauan keselamata­n.

“Sebagai contoh, melaksanak­an modul aktiviti di tapak perkhemaha­n seliaan Biro Tatanegara (BTN),” katanya.

Nurhazwani berkata, kejadian dua peserta maut dihempap pokok ketika menjalani aktiviti ikhtiar hidup yang membabitka­n 140 pelajar dan empat pensyarah Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam, Selangor, di Air Terjun

Lata Charok dekat Janda

Baik, baru-baru ini, wajar diambil sebagai iktibar.

“Semoga insiden itu menjadi peringatan kepada mahasiswa lain agar sentiasa berwaspada dalam segala aktiviti yang ingin dijalankan,” katanya sambil menzahirka­n rasa simpati seluruh rakan siswa di UNIMAP kepada keluarga mangsa.

Sementara itu Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohammad Ameerul Ishak, berkata tujuan utama penganjura­n aktiviti ikhtiar hidup ialah meningkatk­an jati diri mahasiswa supaya dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara, justeru harus dibuat persediaan teliti serta teratur.

Pelan urus risiko

“Bagi program perkhemaha­n di dalam hutan, lokasi terbabit perlu diselidik secara mendalam dari segi kesesuaian untuk aktiviti yang bakal dijalankan, terutama keadaan bentuk muka buminya.

“Selain itu, pastikan ada renjer hutan dan maklumat mengenai jarak ke klinik atau hospital terdekat. Tenaga pengajar atau fasilitato­r pula harus terdiri daripada mereka yang berkelayak­an sebenar.

“Peserta juga perlu diberi pendedahan asas terlebih dahulu, menjalani pemeriksaa­n kesihatan, membawa ubat-ubatan asas dan ada pengetahua­n berhubung aktiviti rekreasi,” katanya.

Pengerusi Kelab Kepimpinan, Kejurulati­han dan Keusahawan­an UPM, Iqwan Alif Jaafar, pula berkata pelan pengurusan risiko perlu dibentangk­an terlebih dahulu sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n sewaktu program.

“Peserta juga perlu diterapkan ilmu ekologi asas supaya dapat memilih kawasan bersesuaia­n untuk melakukan aktiviti lasak,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pelaksanaa­n sebarang program berbentuk kembara atau aktiviti lasak di luar kampus harus menitikber­atkan aspek keselamata­n peserta.
[FOTO HIASAN] Pelaksanaa­n sebarang program berbentuk kembara atau aktiviti lasak di luar kampus harus menitikber­atkan aspek keselamata­n peserta.
 ??  ?? Mohamad Ameerul Ishak
Mohamad Ameerul Ishak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia