Berita Harian

Siapkan peserta hadapi sebarang kemungkina­n

-

Baru-baru ini, masyarakat khususnya warga kampus dikejutkan dengan berita dua peserta maut dihempap pokok ketika menjalani aktiviti ikhtiar hidup yang membabitka­n

140 pelajar dan empat pensyarah Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam, Selangor, di Air Terjun Lata Charok dekat Janda Baik.

Mengulas lanjut, Ummu Farah Haidar berkata, walaupun pihak penganjur sudah memastikan kawasan aktiviti adalah selamat, persediaan tetap perlu dilakukan dari segi ilmu pengetahua­n dan kelengkapa­n pertolonga­n cemas, selain bersiap siaga dengan pelan tindakan jika berlaku sebarang kecemasan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Projek Kempen Kembara Srikandi Prihatin berkata, taklimat keselamata­n mesti diadakan sebelum aktiviti bermula untuk mempersiap­kan peserta menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Perkiraan segala keadaan amat penting bagi meminimumk­an risiko keselamata­n ke atas peserta, selain membantu melancarka­n program dan mengelakka­n berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Sedia kelengkapa­n cukup

Seterusnya, Ummu

Farah Haidar berkata, penganjur juga harus memastikan penyediaan kelengkapa­n mencukupi dan bersesuaia­n, malah kegunaanny­a wajar diuji terlebih dahulu.

Selain itu, beliau berkata, pengendali aktiviti luar terbabit perlu ada pengiktira­fan dari segi kemahiran kerana tiada kompromi dalam aspek keselamata­n peserta, di samping bagi mengelakka­n timbul konflik tuntutan insurans jika berlaku sebarang insiden.

“Ada insurans yang meliputi aktiviti luar dan ini perlu ditekankan oleh penganjur kepada peserta sebelum program,” katanya.

Beliau berkata, jumlah peserta yang melebihi kapasiti tempat turut memungkink­an risiko, antara lain menyukarka­n pergerakan jika ada ancaman binatang buas dan pemasangan ‘hammock’ pada pokok yang tidak mampu menampung beban berat.

“Penganjur perlu memastikan keadaan fizikal dan kesihatan peserta sesuai untuk mengikuti program.

Oleh itu, mereka yang menghidap penyakit kronik tidak dinasihatk­an turut menyertai atas faktor jarak dan keperluan perubatan sukar diperoleh jika program berlangsun­g di dalam hutan.

“Peserta perlu membawa ubat persendiri­an berdasarka­n keperluan diri. Penganjur juga perlu menyimpan maklumat perubatan peserta bagi memudahkan makluman kepada ahli keluarga jika ada sebarang kecemasan,” katanya.

 ??  ?? Ummu Farah Haidar Zulkifli
Ummu Farah Haidar Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia