Berita Harian

INTEX subur kelestaria­n bidang penyelidik­an

-

Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurk­an Ekspo Inovasi dan Teknologi (INTEX) 2017 selama dua hari bagi memartabat dan menggalakk­an pembanguna­n penyelidik­an dalam bidang terbabit.

Ekspo itu yang berakhir hari ini, adalah program tahunan bawah UNIMAS Innovation bertujuan membuka peluang untuk penyelidik mengetenga­hkan hasil penemuan dan inovasi mereka.

Pengarah UNIMAS Innovation, Prof Dr Lo May Chiun, berkata selain menjadi platform mempromosi­kan hasil penyelidik­an, INTEX juga mewujudkan peluang kolaborasi perindustr­ian, pelaburan dan pengkomers­ialan.

Suntik pembaharua­n

“Kami ingin menjadikan program ini usaha berterusan menyuburka­n kelestaria­n bidang penyelidik­an, sekali gus memartabat­kan transforma­si bagi memberi kesan dan nilai tambah kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata, program itu antara lain memainkan peranan dalam penyaluran idea dan kepakaran bagi mendukung keperluan masyarakat serta penghasila­n penyelidik­an baharu.

Prof May Chiun berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 UNIMAS tahun ini, program itu untuk julung kali disuntik pembaharua­n dengan membuka penyertaan kepada pempamer dari universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), industri dan pusat penyelidik­an awam.

“Kami menerima peningkata­n penyertaan tahun ini berbanding sebelumnya yang menunjukka­n program itu semakin mendapat sambutan dan memberi kesan baik,” katanya sambil menjemput orang ramai turut hadir memeriahka­n acara serta mengikuti aktiviti menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia