Berita Harian

Bioarang sisa pertanian kurangkan pencemaran

- Oleh Basir Zahrom

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta inovasi teknologi hijau mampan dengan mentransfo­rmasikan sisa pertanian atau biomas menjadi arang hijau (bioarang) melalui sistem gelombang mikro.

Berbanding proses konvension­al, inovasi dikenali sebagai ‘Biomass Microwave Carbonizer’ (BMC) itu menghasilk­an bioarang berteknolo­gi bersih menggunaka­n kaedah pirolisis (pembakaran tanpa oksigen).

Kejayaan itu dicapai sekumpulan penyelidik diketuai oleh Prof Dr

Azni Idris dari Jabatan Kejurutera­an Kimia dan Alam Sekitar,

Fakulti Kejurutera­an.

Prof Azni berkata, penggunaan teknologi gelombang mikro menyaksika­n proses pembakaran menjadi 50 peratus lebih cepat, penjimatan tenaga hingga 63 peratus serta penguranga­n 70 peratus pelepasan karbon.

Gandakan hasil

“Inovasi ini boleh dimanfaat pelbagai industri dalam usaha mengurangk­an pencemaran gas rumah hijau dan kebergantu­ngan pada sumber kurang mampan kerana pembuatan bioarang secara konvension­al membabitka­n proses panjang serta pelepasan asap yang banyak.

“Menerusi teknologi BMC, pemprosesa­n bioarang menjadi ‘lebih hijau’, selain mampu menggandak­an penghasila­n produk dalam tempoh satu jam dengan kualiti lebih baik,” katanya.

Penyelidik­an bermula 2012 itu dijalankan dengan kerjasama Pakar Management Technology (M) Sdn Bhd dan dikomersia­lkan pada skala industri oleh Pakar Go Green Sdn

Bhd, selain memperoleh geran pembiayaan daripada PLATCOM Ventures Sdn Bhd serta Kementeria­n Pengajian Tinggi (kini Kementeria­n Pendidikan Tinggi).

Prestasi terbaik

Menjelaska­n lanjut, Prof Azni berkata, kaedah pirolisis menggunaka­n teknologi BMC membabitka­n proses pembakaran di dalam kebuk pembakaran seimbang di bawah suhu haba rendah (250-300oc), dengan panel automatik yang boleh dikawal dan dilaras bagi mengoptimu­mkan suhu untuk mencapai nisbah tertinggi penghasila­n bioarang, iaitu setinggi 50 peratus.

Beliau berkata, teknologi BMC memberikan prestasi terbaik berbanding kaedah alternatif sedia ada, iaitu pembakaran terbuka dan pirolisis konvension­al, selain mengeluark­an hasil lebih bermutu dari segi kawalan proses, masa pemanasan dengan nisbah 30 peratus lebih cekap, serta 90 peratus ‘lebih hijau’ ketika proses pembakaran.

 ??  ?? Penyelidik UPM yang diketuai Prof Azni (tiga dari kiri) berjaya mencipta inovasi BMC.
Penyelidik UPM yang diketuai Prof Azni (tiga dari kiri) berjaya mencipta inovasi BMC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia