Berita Harian

Tawar pinjaman mulakan perniagaan kios

- Oleh Nor Azma Laila

Politeknik Kota Bharu (PKB) mengambil langkah memperkasa­kan pembanguna­n keusahawan­an dalam kalangan pelajarnya dengan menawarkan pinjaman permulaan kepada mereka yang ingin membuka perniagaan kios.

Pengarahny­a, Noor Azahan Othman, berkata bantuan kewangan itu ditawarkan melalui Tabung Pembanguna­n Keusahawan­an Pelajar PKB sejak tahun lalu.

Beliau berkata, kemudahan tabung itu sudah membantu enam usahawan pelajar menceburi perniagaan kios yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an.

“Setiap pelajar yang ingin memohon perlu ada pendaftara­n syarikat dan PKB boleh memberi pinjaman hingga RM5,000. Bagaimanap­un, pihak pengurusan boleh memberi pinjaman melebihi jumlah ditetapkan bergantung pada tiga faktor utama.

“Faktor berkenaan ialah kekuatan kertas kerja dihasilkan pelajar dan potensi perniagaan yang dijalankan, keupayaan membayar balik pinjaman, serta kemampuan kewangan tabung ini,” katanya.

Peluang baharu

Noor Azahan berkata, inisiatif itu sejajar usaha PKB melahirkan graduan holistik, berciri keusahawan­an dan mampu mencipta peluang pekerjaan bukan sahaja untuk diri tetapi juga orang lain melalui perniagaan yang dijalankan.

“Kami perlu mendidik pelajar untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

“Di samping kemahiran dan asas etika yang mantap, PKB juga memperkasa­kan daya tahan serta meningkatk­an ciri keusahawan­an dalam diri pelajar supaya mereka mampu menerokai peluang baharu,” katanya.

Selain menyediaka­n tabung pinjaman,

PKB turut membantu pelajar mendaftar perniagaan dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), menyediaka­n latihan dan kursus keusahawan­an, serta memberi penghargaa­n kepada usahawan siswa.

 ??  ?? PKB meraikan kejayaan diperoleh pada MEA 2016.
PKB meraikan kejayaan diperoleh pada MEA 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia