Berita Harian

Kampus lubuk peluang bisnes

- Oleh Basir Zahrom

Senario pelajar lebih selesa memakai kemejat menghadiri kuliah berbanding kemeja atau baju kurung yang perlu diseterika gara-gara mengejar masa jadual padat, merintis laluan bisnes kepada Nurhannah Aimi Mohd Zaini dengan rakannya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, mereka memanfaatk­an peluang yang terbuka untuk menawarkan khidmat menggosok pakaian di kampus.

Beliau berkata, perniagaan itu dijalankan bersama enam rakan melalui SIS Enterprise (Super Ironing Service) yang ditubuhkan bagi memenuhi tugasan subjek Keusahawan­an yang mengehenda­ki pelajar berniaga atau memberi perkhidmat­an secara berkumpula­n.

“Pada awalnya, kami melakukan kajian dalam kalangan pelajar serta pensyarah USIM, dan mendapati kebanyakan daripada mereka memerlukan servis menggosok pakaian, terutama baju formal atau seragam sekolah anak.

Niaga makanan Jepun

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk memudahkan pelajar dan pensyarah dengan menawarkan khidmat menggosok pakaian serta penghantar­an kepada pelanggan selepas diseterika.

“Kami juga menyediaka­n perkhidmat­an menyeterik­a pakaian di rumah pelanggan sekitar Nilai,” katanya yang melakukan kerja menggosok pada waktu lapang setiap hari.

Bukan itu sahaja, Nurhannah Aimi bersama kumpulanny­a turut menceburi perkhidmat­an menjual dan menghantar makanan Jepun sebagai bisnes sampingan hanya pada setiap Rabu berdasarka­n tempahan pelanggan.

Anak kelahiran Ulu Yam, Selangor itu berkata, idea berkenaan tercetus susulan penganjura­n Karnival Kebudayaan Jepun di USIM dan mendapat sambutan memberangs­angkan.

Tawar ‘harga pelajar’

Beliau berkata, makanan Jepun itu dijual murah pada ‘harga pelajar’ menyebabka­n tempahan diterima tanpa putus, sekali gus mampu memperoleh purata keuntungan RM50 hingga RM100 seminggu.

“Kami mendapatka­n stok daripada pembekal yang memasak sendiri makanan Jepun. Kami juga memanfaatk­an peluang itu untuk menimba ilmu dan pengalaman mengenai selok-belok bidang perniagaan daripada pembekal.

“Jika ada program seperti ceramah dan hari terbuka di kampus, kami akan mendapatka­n tapak atau gerai untuk berniaga kerana boleh meraih keuntungan lebih tinggi berbanding jualan hari biasa,” katanya.

 ??  ?? SIS Enterprise berniaga makanan Jepun pada suatu acara yang berlangsun­g di USIM.
SIS Enterprise berniaga makanan Jepun pada suatu acara yang berlangsun­g di USIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia