Berita Harian

Prihatin santuni penduduk kampung nelayan

-

Sungai Petani: Perasaan sebak menyelubun­gi Nurul Ashikin Shafie, 30, tatkala memasuki perkampung­an nelayan untuk menjayakan program Pasar Percuma Tanjung Dawai di sini apabila melihat sebilangan keadaan rumah pendudukny­a yang daif.

Hati pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi, Operasi Dan Logistik), Universiti Utara Malaysia (UUM) itu tersentuh dengan kesempitan hidup mereka yang rata-rata bergantung kepada upah mengopek ikan bilis dan melakukan kerja kampung.

“Itupun bermusim dan ada ketikanya, mereka tiada pendapatan langsung.

“Oleh itu, banyakkan bersyukur. Jika dirasakan kita susah, ada orang lain yang lebih susah.

“Saya belajar sesuatu daripada kesempitan hidup mereka,” katanya.

Sumbangan orang ramai

Beliau adalah sebahagian daripada peserta usaha kesukarela­wanan itu yang dianjurkan Kelab Alumni Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA), Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) UUM.

Pengarah program, Sarida Hassim, berkata inisiatif itu dibahagika­n kepada dua aktiviti, iaitu pasar percuma pada awal pagi, diikuti pemberian pek makanan dan wang zakat dari rumah ke rumah sebelah petangnya.

Sebanyak 50 keluarga menerima sumbangan pek makanan dan wang tunai untuk meringanka­n beban ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya merentasi Kampung Kepala Tanjung, Kampung Nelayan, Kampung Bagan Belat dan Kampung Bagan Asam.

“Pemberian adalah daripada hasil sumbangan orang ramai mengikut kemampuan. Ini bukan acara korporat tetapi kemasyarak­atan sebagai tanda mengambil peduli sesama saudara,” katanya.

Hargai pemberian

Beliau berkata, persiapan dilakukan dalam tempoh sebulan dengan mengumpul sumbangan dana dan pakaian menerusi saluran Facebook serta Whatsapp.

Presiden Kelab Alumni MBA, Abdul Ghafur Hanafi, pula berkata program komuniti berkonsep pasar percuma semakin mendapat tempat sebagai platform menyalurka­n sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu penduduk yang juga ibu tunggal kepada tiga anak, Rosmawati Mohd Noor, 37, terharu dengan keprihatin­an

UUM menjalanka­n kerja amal berkenaan.

 ??  ?? Program Pasar Percuma Tanjung Dawai mendapat sambutan menggalakk­an.
Program Pasar Percuma Tanjung Dawai mendapat sambutan menggalakk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia