Berita Harian

UNISZA tubuh pusat latihan, ternakan kambing tenusu

- Oleh Mohammad Ishak

pembelajar­an Program 2u2i (Dua Tahun Universiti Dua Tahun Industri).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penubuhan pusat latihan dan ternakan kambing tenusu kendalian UNISZA itu adalah yang pertama dilakukan oleh universiti tempatan.

Beliau berkata, projek itu bukan sahaja melatih pelajar, malah diperluas kepada penduduk tempatan yang berminat dalam industri ternakan kambing tenusu.

“Dairyfarm akan menjadi antara pengeluar susu kambing utama di negara ini untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan apabila beroperasi sepenuhnya nanti.

“Ketika ini, 50 pelajar menyertain­ya melalui Program 2u2i yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Tinggi. Melalui program itu, pelajar dikehendak­i mengikuti pengajian selama dua tahun di universiti, manakala dua tahun lagi dalam industri.

Bina kandang moden

“Projek ini juga akan membantu meningkatk­an kerjasama antara komuniti usahawan dengan universiti tempatan,” katanya ketika melancarka­n Dairyfarm UNISZA di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut dekat sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Nawi Mohamad; dan Naib Canselor UNISZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Idris berkata, pusat itu akan menjadi institusi latihan, penyelidik­an dan pemindahan teknologi dalam penjenamaa­n hasil susu kambing di negara ini.

Beliau berkata, satu daripada perbezaan konsep penternaka­n kambing tenusu di pusat latihan itu ialah UNISZA membina kandang moden yang akan menjadi pusat rujukan untuk sistem perladanga­n pintar (SSF).

 ??  ?? Idris (empat dari kiri) menikmati susu kambing dari Dairyfarm UNISZA di Kampung Pasir Akar.
Idris (empat dari kiri) menikmati susu kambing dari Dairyfarm UNISZA di Kampung Pasir Akar.
 ??  ?? Idris meninjau pusat latihan dan ternakan kambing tenusu yang ditubuhkan UNISZA.
Idris meninjau pusat latihan dan ternakan kambing tenusu yang ditubuhkan UNISZA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia