Berita Harian

Produk seni USIM patuh syariah

- Oleh Basir Zahrom

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarka­n empat album dan buku yang sesuai untuk segenap lapisan komuniti sebagai langkah progresif mengetenga­hkan produk seni ke arah manfaat masyarakat.

Produk terbabit ialah tiga album berjudul Al-fatihah 7 Taranum, Selawat Kontempora­ri dan Puisi Islamik Berikan Sakti, serta buku Koleksi Poket Pantun.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad, berkata album berkenaan menampilka­n pembabitan pelajar USIM dan beberapa penggiat seni tanah air seperti Hafiz Hamidun, selain Syed Indera Syed Omar (Siso Kopratasa) serta Ahmad Fedtri Yahya yang juga Karyawan

Seni universiti itu.

Strategi proaktif

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja antara inisiatif melebarkan kreativiti yang dijangka memenuhi keperluan pasaran tetapi juga dapat memperkena­lkan produk seni USIM, sekali gus meningkatk­an pendapatan universiti berkenaan.

“Penganjura­n sebegini adalah strategi proaktif oleh Pusat Kebudayaan USIM yang boleh menjadi contoh kepada universiti lain berhubung aktiviti kebudayaan dijalankan di kampus ini.

“Produk seni seumpama menawarkan alternatif kepada masyarakat sebagai produk patuh syariah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Prof

Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Album Al-fatihah 7 Taranum dijayakan qari negara, Mohamad Husaini Mahmur yang melagukan surah al-fatihah dengan tujuh jenis taranum, iaitu Bayati, Nahwan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah dan Soba.

Nafas baharu

Album Selawat Kontempora­ri yang mendapat suntikan nafas baharu oleh pelajar USIM dan menampilka­n Hafiz pula mengandung­i tujuh lagu selawat.

Seterusnya, album Lagu Puisi Islamik Berikan Sakti mengandung­i sembilan lagu puisi dengan lirik ditulis oleh Ismail Ahmed (Adiwangsa Sukma) yang turut menyanyika­nnya secara solo dan berduet dengan Siso Kopratasa.

Sementara itu, buku Koleksi Poket Pantun adalah inovasi karya seni segar untuk mendamping­i masyarakat melalui sastera pantun dihasilkan oleh Ahmad Fedtri dan Siso Kopratasa.

 ??  ?? Prof Musa (dua dari kanan) menyempurn­akan majlis pelancaran empat produk seni USIM.
Prof Musa (dua dari kanan) menyempurn­akan majlis pelancaran empat produk seni USIM.
 ??  ?? Antara persembaha­n yang memeriahka­n majlis pelancaran produk seni USIM.
Antara persembaha­n yang memeriahka­n majlis pelancaran produk seni USIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia