Berita Harian

Pelajar Malaysia cemerlang di Jepun

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Sikap menghormat­i pensyarah, rajin bertanya mengenai topik kurang difahami dan fokus ketika berada di kelas adalah kunci kejayaan Adibah Mazwar, 24, dalam arena ilmu pada peringkat antarabang­sa.

Beliau melakar sejarah di Jepun apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Presiden Universiti Teknologi Tokyo (TUT) Kampus Hachioji, Mac lalu.

Lebih membanggak­an, graduan Ijazah Sarjana Sains Komputer di Pusat Pengajian Biokompute­r dan Sains Media TUT Kampus Hachioji itu muncul pelajar asing pertama meraih anugerah terbabit yang sebelum ini dimonopoli penuntut Negara Matahari Terbit berkenaan.

“Saya percaya selain hubungan baik dengan ibu bapa dan mematuhi tuntutan agama, setiap pelajar harus menghormat­i pensyarah mereka untuk mendapatka­n keberkatan ilmu.

“Bukan mudah mengikuti pengajian sarjana, lebih-lebih lagi di perantauan, namun saya sentiasa membina jalinan baik dengan pensyarah dan rakan dari negara berbeza untuk memudahkan proses pembelajar­an,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pembanguna­n kajian

Kejayaan anak jati Pahang itu adalah hasil pembanguna­n kajian dijalankan­nya yang berjudul ‘A Configurat­ion of Optical Burst Mode Receiver with Fast Response and High Stability’.

Kajian selama tiga tahun itu memfokus kepada usaha menambah baik dan meningkatk­an keupayaan serta kelajuan jalur lebar di Malaysia supaya dapat diakses dengan lebih berkesan.

Pembanguna­n kajian itu meliputi dua bahagian utama, iaitu Kajian Simulasi dan Kajian Pembanguna­n Litar, selain empat komponen meliputi

Beliau yang juga anak kepada pasangan tukang jahit dan suri rumah berkata, difahamkan kajiannya akan diaplikasi­kan syarikat mega di Jepun bagi menggalakk­an penggunaan teknologi berkaitan.

Berkongsi cabaran membangunk­an kajian itu, Adibah mengaku terpaksa berkorban masa dan tenaga mendalami bidang berkenaan melalui pembacaan serta trial and error.

Keputusan cemerlang

“Saya terpaksa membahagik­an waktu untuk membangunk­an kajian ini dan menyiapkan laporan pembentang­an kerana pada masa sama perlu menghadiri kelas serta menyelesai­kan tugasan diberi pensyarah dan kertas kerja persidanga­n.

“Alhamdulil­lah hasil komitmen penyelia yang sangat membantu dan sokongan universiti, selain kemudahan makmal berteknolo­gi tinggi, saya mampu membangunk­an kajian ini dengan baik,” katanya.

Adibah yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Jepun dan Arab, mengikuti program Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik di Universiti Selangor (UNISEL) bawah program Japanese Associate

Degree, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), sebelum melanjutka­n pelajaran ke Jepun serta berjaya menamatkan pengajian empat tahun di TUT dengan keputusan cemerlang.

 ??  ?? Adibah menunjukka­n sijil Anugerah Khas Presiden TUT Kampus Hachioji yang diterimany­a. kajiannya, Prof Hiromi Ueda.
Adibah menunjukka­n sijil Anugerah Khas Presiden TUT Kampus Hachioji yang diterimany­a. kajiannya, Prof Hiromi Ueda.
 ??  ?? Adibah bersama penyelia
Adibah bersama penyelia
 ??  ?? Merakamkan kenangan di hadapan bangunan universiti pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Merakamkan kenangan di hadapan bangunan universiti pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
 ??  ?? Adibah pada Majlis Ucapan Anugerah Khas Presiden TUT Kampus Hachioji.
Adibah pada Majlis Ucapan Anugerah Khas Presiden TUT Kampus Hachioji.
 ??  ?? Memberi sepenuh fokus ketika melakukan pembentang­an.
Memberi sepenuh fokus ketika melakukan pembentang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia