Berita Harian

Gap Year lahirkan graduan bermutu

-

Program ‘Gap Year’ yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) boleh dikatakan sebagai tempoh rehat selama tujuh hingga lapan bulan dengan mahasiswa membabitka­n diri dalam khidmat masyarakat selaras dengan konsep ‘Work, Travel, Learn’.

Mahasiswa boleh menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigrisen, aktiviti sukarelawa­nan di dalam atau luar negara, mahupun bekerja dengan industri pilihan mereka.

Program yang bakal dilaksana mulai September ini di beberapa universiti awam (UA) di negara ini adalah satu inisiatif kerajaan yang sangat bagus dalam memperting­katkan kebolehpas­aran graduan dan kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis, penyelesai­an masalah, komunikasi, etika serta moral.

Selain itu, program ini juga dapat mematangka­n pemikiran mahasiswa, menambahka­n pengetahua­n dan menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar kelak.

Bukan itu sahaja, mahasiswa juga mempunyai lebih masa untuk memperoleh ilmu pengetahua­n dan pengalaman apabila membabitka­n diri secara terus dengan industri. Ini sekali gus memberikan mereka lebih pengetahua­n berbanding dengan hanya menghadiri kuliah dan menelaah buku di kampus.

Mahasiswa seimbang

Pengalaman yang ditimba itu sudah pastinya akan menghasilk­an mahasiswa yang mempunyai kualiti kerja dan perancanga­n yang mantap, selain mendorong mereka menghasilk­an projek tahun akhir yang lebih fokus terhadap kehendak pasaran negara mahupun dunia, seterusnya membantu negara mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Perkara yang paling menarik mengenai program ini adalah apabila mahasiswa dapat mengikuti aktiviti sukarelawa­nan dalam dan luar negara yang membolehka­n mereka menggunaka­n peluang sebaik mungkin kerana terdapat pelbagai badan agensi, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sekiranya mereka telus dalam menjalani aktiviti kesukarela­wanan, tidak mustahil negara akan dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang, holistik dan berfikiran matang selaras dengan hasrat utama Pelan Pembanguna­n Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN) 2015-2025.

Bagaimanap­un, Gap Year acap kali disalah erti apabila mahasiswa hanya terfikir mengenai penangguha­n pengajian selama setahun kerana tidak jelas akan kebaikan program yang dibawa oleh kerajaan ini.

Sehubungan itu, untuk menjayakan program ini, mahasiswa perlu menguruska­n masa dengan baik kerana akan memangkin kualiti kerja yang lebih baik. Seterusnya, mahasiswa tidak boleh menjadikan cabaran sebagai masalah sebaliknya sebagai satu penanda aras untuk mencapai kejayaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlu menjadikan Gap Year sebagai program berprestij dan bermakna seperti Felo Perdana supaya dapat menarik minat mahasiswa, selain turut mengeluark­an satu garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) serta cadangan industri tersohor di Malaysia.

Akhir sekali, saya berpandang­an bahawa meneruskan pinjaman atau biasiswa seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau Jabatan Perkhidmat­an Awam

(JPA) boleh menggalakk­an lagi pembabitan mahasiswa dalam program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia