Berita Harian

IPPTN tawar program pengajian penyelidik­an

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Institut Penyelidik­an Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan dua kursus pascasiswa­zah bermula tahun ini, bertujuan menggalakk­an kajian berhubung aspek penambahba­ikan dan pembanguna­n dasar bidang pendidikan tinggi.

Kursus terbabit adalah Sarjana Sastera Pendidikan Tinggi dan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Pendidikan Tinggi yang menawarkan pengajian secara mod penyelidik­an.

Felo Penyelidik Kanan IPPTN, Prof Datuk Dr Morshidi Sirat, berkata penawaran program itu sejajar perkembang­an pesat di dalam arena pendidikan tinggi pada peringkat nasional dan antarabang­sa.

“Program pascasiswa­zah ini ditawarkan seiring perkembang­an sektor pendidikan tinggi, selain selari Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) yang meliputi perkembang­an penyelidik­an, sumbangan pengetahua­n, penyelesai­an masalah, produk penyelidik­an, pembinaan bakat akademik dan pentadbir bidang.

“Fokus program ini adalah kepada bidang berkaitan dasar, tadbir urus, kepimpinan, kurikulum, pedagogi, inovasi dan pengantara­bangsa pendidikan tinggi,” katanya yang juga pakar dasar dan amalan pendidikan tinggi negara.

Penyelidik­an sistematik

Morshidi berkata, graduan program itu akan dibekalkan dengan pengetahua­n mendalam berhubung bidang diikuti, meningkatk­an kapasiti penyelidik­an, menghasilk­an modal intelektua­l dan perkembang­an pengetahua­n, selain pelbagai idea baharu yang segar.

Pelajar juga katanya, dibekalkan dengan pengetahua­n dan kemahiran penyelidik­an secara sistematik, saintifik dan kreatif untuk merancang, mengenal pasti serta menyelesai­kan isu berkaitan bidang pendidikan tinggi.

Beliau berkata, tenaga penyelia program itu terdiri daripada penggiat berpengala­man bidang pendidikan tinggi IPPTN, felo pusat pengajian USM dan universiti awam, seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Malaysia Perlis (UMP).

“Kriteria diperlukan untuk mengikuti pengajian sarjana ini adalah calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda bidang berkaitan pendidikan tinggi atau diiktiraf dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.75 atau kelayakan setaraf dan diluluskan Senat Universiti.

“Bagi pengajian PHD, calon perlu memiliki sarjana dalam bidang berkaitan pendidikan tinggi atau diiktiraf setaraf dengannya atau kelayakan yang setaraf dan diluluskan Senat Universiti,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir IPPTN, Noorazmaha­ni Md Kasim, berkata individu yang berminat mengikuti sarjana dan PHD Pendidikan Tinggi boleh melayari laman sesawang, www.ipptn.usm.my atau emel, ipptn@usm.my untuk mendapatka­n maklumat lanjut serta membuat permohonan sepanjang tahun.

 ??  ?? Institut Penyelidik­an Pendidikan Negara di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Institut Penyelidik­an Pendidikan Negara di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia