Berita Harian

USM cemerlang futsal MAKSAK

-

Georgetown: Pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) muncul naib johan dalam kejohanan futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Azman Hashim USM di sini, baru-baru ini.

Walaupun tumpas dalam perlawanan akhir kepada pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 2-1 , namun USM tetap memberikan saingan yang sengit.

Pengurus pasukan, Azlisufryz­al Bunizar, berkata walaupun USM hanya berjaya muncul naib juara dalam edisi kali ini, beliau berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang pemain yang bermain habis-habisan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Beliau berkata, walaupun mengharung­i banyak perlawanan peringkat kumpulan dan terpaksa beraksi sehingga ke penentuan menerusi sepakan penalti ketika perlawanan separuh akhir menentang Bank Simpanan Nasional (BSN), namun dengan kesungguha­n yang tinggi, pasukannya berjaya melepasi semua halangan.

“Pasukan Futsal USM boleh berbangga dengan kejayaan ini kerana setiap pemain menunjukka­nkomitmen tinggi sepanjang perlawanan berlangsun­g, apatah lagi bersaing dalam perlawanan akhir yang majoritiny­a pemain pasukan lawatan terdiri daripada pemain yang hebat,” katanya.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini yang dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Jabatan

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hospital Pulau Pinang (HPP), Jabatan Veterinar, Jabatan Botani, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP) dan Jabatan Kimia.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Muzium Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (DTL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang (PDC) turut mengambil bahagian.

 ??  ?? Pasukan USM dan MBPP ceria selepas menerima hadiah masingmasi­ng.
Pasukan USM dan MBPP ceria selepas menerima hadiah masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia