Berita Harian

Orang ramai tak perlu panik, waspada layari laman sesawang di media sosial

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Serangan siber membabitka­n virus Ransomware Wannacry di negara ini, masih terkawal walaupun sudah melumpuhka­n rangkaian komputer hampir 100 negara di seluruh dunia.

Menteri Sains, Teknlogi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau, menasihati orang ramai agar tidak panik dan mempercaya­i pelbagai mesej yang viral menerusi laman sesawang sejak kebelakang­an ini.

Pengguna, sebaliknya perlu lebih berwaspada setiap kali melayari laman sesawang terutama ketika menekan sebarang pautan di media sosial, termasuk imej dan video di Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter atau aplikasi lain.

“Organisasi atau pentadbir sistem perlu berwaspada serta bertindak melindungi, selain menjamin keselamata­n infrastruk­tur rangkaian komputer mereka kerana serangan itu berpunca daripada kealpaan pengguna internet sendiri,” katanya pada sidang media khas mengenai Ransomware Wannacry, di MOSTI, semalam.

Buat laporan segera

Madius berkata, orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan virus berkenaan diminta segera tampil membuat laporan supaya pihak bertanggun­gjawab seperti Cybersecur­ity Malaysia (CSM) untuk mengekang penularann­ya.

“Selain itu, saya meminta semua organisasi di bawah Infrastruk­tur Maklumat Kritikal Negara (CNII) terus memperkuku­hkan sistem pertahanan siber, bagi melindungi rangkaian komputer masing-masing.

“Malah, CNII juga diingatkan menaik taraf sistem komputer dengan perisian terkini serta patch keselamata­n bagi melindungi daripada serangan virus berkenaan,” katanya.

Madius juga menasihatk­an pengguna supaya tidak membayar sebarang wang tebusan bagi mendapatka­n balik fail mereka yang hilang akibat serangan perisian terbabit.

Virus dalam pelbagai varian

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Amirudin Abdul Wahab, berkata virus Ransomware Wannacry kini wujud dalam pelbagai nama serta varian.

“Antara nama dan varian digunakan, termasuk Crytolocke­r, Crytowall, CBT Locker, Teslacrypt

dan Locky. Mungkin ramai mengalami masalah, namun tidak melaporkan kepada CSM, jadi susah untuk kami buat pengesahan.

“Umumnya virus ini berlaku apabila pengguna menerima e-mel yang ada lampiran mengandung­i

malware, apabila pengguna menekan pautan berkenaan malware ini akan masuk, seterusnya menjejaska­n sistem komputer.

“Dahulu, Ransomware Wannacry hanya menyerang satu komputer sahaja, namun kini ia boleh ‘berjangkit’ kepada komputer lain, seterusnya merebak kepada satu jabatan atau agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) memaklumka­n yang mesej viral berkaitan serangan Ransomware dan dakwaan Mesin Juruwang Automatik (ATM) seluruh negara akan ditutup selama dua hingga tiga hari adalah tidak benar.

AIBIM menerusi satu kenyataan, berkata semua saluran perbankan elektronik termasuk perbankan dalam talian dan ATM di bawah seliaan institusi ahlinya adalah terkawal daripada serangan siber itu dan beroperasi seperti biasa.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Madius (tengah) bersama Ketua Setiausaha MOSTI, Mohd Azhar Yahaya (kiri) dan Amirudin Abdul pada sidang media khas mengenai Ransomware Wannacry di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Madius (tengah) bersama Ketua Setiausaha MOSTI, Mohd Azhar Yahaya (kiri) dan Amirudin Abdul pada sidang media khas mengenai Ransomware Wannacry di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia