Berita Harian

Pohon khuldi tunggu penghuni syurga

Menerusi perkongsia­n dalam slot Mau’izati diikimfm, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, menceritak­an kisah beberapa jenis pokok yang menjadi naungan penghuni di syurga kelak. Malah, amalan berzikir memberi keuntungan kepada pengamalny­a di syurga kerana kalimah

-

Keindahan di syurga turut menggambar­kan kerehatan dan kedamaian bagi manusia daripada segala kelelahan yang berpanjang­an ketika menjalani kehidupan di dunia. Allah SWT menggambar­kan naungan di syurga dengan pepohon dan pokok.

Jarak di antaranya dengan perjalanan berkuda akan mengambil masa selama 100 tahun untuk melepasiny­a, yang sudah tentunya tidak terjangkau oleh manusia. Naungan pepohon di syurga terbentang luas.

Diriwayatk­an oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Di syurga ada pohon yang ditempuh oleh penghuniny­a di bawah naungannya selama 70 tahun atau 100 tahun iaitu pokok yang dinamakan keabadian yang akan kekal buat selama-lamanya.”

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsia­n dalam slot Mau’izati di IKIMFM menceritak­an kisah pokok Khuldi di syurga dan kaitannya dengan Nabi Adam yang dipujuk oleh syaitan melalui Hawa, supaya memakan buah pokok Khuldi.

Allah SWT telah mengingatk­an Nabi Adam untuk memakan semua buah-buahan di dalam syurga kecuali daripada pohon itu. Jika perintah diingkari, maka Baginda akan tergolong dalam kalangan orang yang zalim.

Tetapi sayangnya syaitan telah merosakkan Nabi Adam dan pohon Khuldi berada di syurga sehingga kini, menanti kedatangan penghuni syurga. Bahkan, pohon ini juga menjadi teduhan kepada Nabi Ibrahim.

Diriwayatk­an oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda: “Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam Israk dan Mikraj, pada saat aku berjumpa itu Nabi Ibrahim menyebut: Wahai Muhammad, tolong sampaikan salamku kepada umatmu. Khabarkan kepada umatmu itu, syurga itu mempunyai tanah yang sangat harum dengan lembah

yang mengalirka­n air yang tawar bahkan di sana ada lembah yang cantik. Pepohon yang berdiri tersusun indah yang ditanam melalui kalimah yang disebut di dunia dahulu iaitu, subhanalla­h walhamduli­llah walailaha ilallah wallahu akbar.”

Abu Hurairah turut meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga ada satu pokok yang sekiranya kamu berjalan melintasin­ya dengan menunggang kuda yang paling laju, perjalanan­nya memakan masa selama 100 tahun. Sekiranya kamu ingin memahaminy­a, bacalah ayat ke 30, surah al-waqiah: Dan naungan yang tetap terbentang.”

Pohon sidratul muntah

Lalu sahabat Baginda yang bernama Qaab berkata, “Benar, demi yang telah menurunkan Taurat kepada lisan Nabi Musa dan Imran dan Furqan kepada Muhammad. Seandainya seorang lelaki yang menaiki unta yang berumur tiga atau satu tahun, mengelilin­gi pangkal pokok itu, nescaya unta itu tidak akan sanggup. Kalaupun dia tetap mengelilin­ginya, unta itu akan menjadi tua sebelum selesai mengelilin­gi pokok itu. Sesungguhn­ya Allah sendiri telah menanam pokok itu lalu ditiupkan rohnya dan dahannya berasal daripada sebalik dinding syurga dan tidak ada sungai di syurga kecuali semuanya keluar daripada pangkal pokok itu.”

Pohon itu sangat besar sehingga tidak mampu diukur manusia kecuali seperti diceritaka­n dalam firman Allah dan sabda Rasulullah SAW.

Terdapat beberapa jenis pohon di syurga antaranya sidratul muntaha dan dikhabarka­n Rasulullah SAW melihat Jibril dalam rupa seperti yang telah diciptakan di pohon itu. Di pohon itu terletakny­a syurga Makwa dan Rasulullah menceritak­an, tempat itu diliputi sesuatu yang tidak diketahui sesiapapun kecuali Allah SWT.

Pokok lain ialah pokok Tuba yang sangat besar dan pakaian penghuni syurga diciptakan oleh Allah SWT diperbuat daripada kelopak bunga Tuba.

Di dalam musnat Ahmad tafsir Ibnu Jarir dan sahih Ibn Hibban, Abu Said al-qudri menyebut, Rasulullah SAW bersabda: “Tuba ertinya pokok di dalam syurga Allah, pokok yang penuh dengan keuntungan bagi sesiapa yang di dalam hidupnya menyibukka­n diri mencari keaibannya sendiri berbanding mencari keaiban orang lain. Pakaian ahli syurga keluar daripada kelopak pokok Tuba itu.”

Pakaian syurga daripada pokok tuba

Diriwayatk­an oleh Abdullah bin Amru, ketika Rasulullah SAW duduk bersama sahabat, ada seorang lelaki Arab Badwi datang bertemu Baginda dan berkata, “Ya Rasulullah, ceritakan kepada kami mengenai pakaian syurga, apakah ia makhluk yang diciptakan atau dijahit atau daripada manakah datangnya? Ramai dalam kalangan sahabat pada ketika itu tertawa dengan pertanyaan lelaki itu sehingga Baginda bertanya apakah yang mencuit hati mereka, sedangkan pertanyaan seumpama itu tidak seharusnya dipersenda­kan terutama apabila ditujukan kepada Rasulullah SAW. Sahabat terdiam, lalu Baginda mencari siapakah yang bertanya soalan itu dan menjelaska­n bahawa pakaian ahli syurga keluar daripada buah syurga dan mengulangi jawapannya kepada lelaki itu sebanyak tiga kali iaitu: “Daripada pokok Tuba, daripada pokok Tuba, daripada pokok Tuba.”

Satu lagi pohon yang terdapat di syurga ialah pohon Khuldi. Abu Hurairah menyebut, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga ada pohon, apabila ada seseorang bergerak berhampira­n pohon itu dengan penuh kelajuan di dalam keadaan yang di bawah naungan seratus tahun dan tidak akan mampu untuk manusia melaluinya iaitu pohon Khuldi.”

Batang daripada emas

Ulama berpandang­an semua batang pohon di syurga diperbuat daripada emas. Apabila manusia berada di bawah pohon itu, mereka akan beroleh ketenangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan mereka bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Surah Yasin, ayat 55-56)

Amalan berzikir ketika di dunia bukan hanya menguntung­kan manusia di alam kubur, malah memberi keuntungan ketika dibangkitk­an di Padang Mahsyar dan berada di syurga. Selain itu, berzikir akan memberi ketenangan dan kelapangan ketika dalam kesempitan.

Kalimah zikir adalah nafkah kepada pengamalny­a ketika di syurga kelak. Kalimah zikir akan tumbuh sebagai pokok dan pepohon yang tertera dengan mereka yang berzikir serta menjadi naungan penghuni syurga nanti.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Berzikir terapi minda dan memberi keuntungan di akhirat kelak.
[FOTO HIASAN] Berzikir terapi minda dan memberi keuntungan di akhirat kelak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia