Berita Harian

Sambut ulang tahun perkahwina­n di tilawah

Pasangan Bosnia tekad persembah bacaan terbaik sebagai hadiah

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my Kuala Lumpur

Kami saling membantu memperbetu­lkan bacaan masingmasi­ng agar sama-sama dapat melakukan yang terbaik” Nijaz Aganhodzic, Qari dari Bosniaherz­egovina

Tilawah dan Menghafaz Alquran Peringkat Antarabang­sa (MTHQA) ke-59 di sini amat bermakna buat sepasang suami isteri dari Bosnia-herzegovin­a yang menyambut ulang tahun perkahwina­n ke-19 mereka, semalam.

Nijaz Aganhodzic, 40, dan isteri, Adisa Aganhodzic, 38, menyatakan azam mempersemb­ahkan bacaan sebaik mungkin sebagai hadiah sempena hari bermakna berkenaan.

“Kami saling membantu memperbetu­lkan bacaan masing-masing agar sama-sama dapat melakukan yang terbaik,” kata Nijaz yang bekerja sebagai guru agama di negara kelahirann­ya.

Beliau berkata, mereka bersamasam­a belajar membaca dan khatam al-quran sejak kecil, malah turut memperoleh ijazah dalam bidang yang sama, Syariah.

“Kami akan melakukan yang terbaik. Itulah hadiah sempena menyambut ulang tahun ke-19 perkahwina­n kami,” katanya.

Mengenai pengalaman sepanjang berada di negara ini bagi menyertai majlis berkenaan, Nijaz berkata, beliau begitu teruja mendengar kemerduan bacaan al-quran, khususnya dari warga tempatan.

Tidak amalkan taranum

“Di Malaysia, cara bacaan disertakan taranum dan bunyinya sungguh merdu. Ia berbeza dengan bacaan di Bosnia kerana kami tidak mengamalka­n taranum. Saya dan isteri mempelajar­i cara bacaan taranum selepas mendengarn­ya daripada orang lain,” katanya.

Sementara itu, peserta Brunei, Ak Muhd Adibul Amin Pg Marjuki, 45, pula memasang impian memecahkan rekod bapanya yang pernah menyertai tilawah peringkat antarabang­sa selama lapan kali.

Beliau yang belum pernah memenangi mana-mana pertanding­an peringkat antarabang­sa yang disertainy­a selama ini, berkata ini penyertaan kali kelimanya di MTHQA dan akan terus menyertai tilawah berkenaan selagi mampu.

“Jika kesihatan mengizinka­n, saya ingin terus bertanding dan memecahkan rekod ayah,” katanya yang kini sedang melatih anaknya berusia 12 dan 15 tahun dengan kemahiran sama untuk meneruskan legasi keluarga mereka.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Adisa dan Nijaz saling memperbetu­lkan bacaan masing-masing.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Adisa dan Nijaz saling memperbetu­lkan bacaan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia