Berita Harian

Irwan dilantik Pengerusi TRX City, Bandar Malaysia

Umum permohonan untuk tunjuk minat jadi pemaju induk

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my Kuala Lumpur

TRX City Sdn Bhd (TRX City) dan Bandar Malaysia Sdn Bhd (Bandar Malaysia) akan mengumumka­n proses permohonan bagi cadangan (RFP), untuk menunjukka­n minatnya memainkan peranan sebagai pemaju induk Bandar Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia.

Beliau berkata, Mohd Irwan Serigar akan mengetuai pasukan yang bertanggun­gjawab secara keseluruha­n bagi projek berkenaan, selain menjana pendapatan bagi baki aset hartanah 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

“Selain itu, dalam usaha untuk memastikan negara dan rakyat mendapat manfaat sebanyak mungkin, Kementeria­n Kewangan akan mengekalka­n pemilikan 100 peratus Bandar Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau yakin pelantikan Mohd Irwan Serigar akan memperkuku­hkan prospek dan pembanguna­n Bandar Malaysia.

Kriteria ketat

Katanya, penamatan perjanjian sebelum ini adalah muktamad dan proses pemilihan untuk pemaju induk akan membabitka­n kriteria ketat, termasuk prestasi yang terbukti, kemampuan menyiapkan projek, rekaan kandungan dan keupayaan kewangan untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Dengan perkembang­an ini, kerja Jawatankua­sa Budiman yang ditubuhkan pada 2015 untuk menyelia program rasionalis­asi 1MDB ditamatkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun rakyat boleh berbangga dengan Kuala Lumpur yang diiktiraf antara ibu kota utama Asia, beliau mempunyai visi lebih besar iaitu pembanguna­n sebuah bandar yang menjadi ibu kota utama dunia yang memacu transforma­si Malaysia.

Tapak pembanguna­n terbesar

Katanya, sebagai tapak pembanguna­n terbesar di negara ini yang mempunyai kedudukan strategik utama di ibu negara, Bandar Malaysia akan menjadi pusat bandar baharu bagi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ia akan menjadi komuniti baharu yang berkualiti sebagai tempat tinggal orang muda dan keluarga, pusat baharu yang berkembang maju buat perniagaan kecil dan besar serta destinasi menarik termasuk pelancong.

“Bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kita mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi dan pekerjaan termasuk bagi KL Internet City yang baharu iaitu hab utama Zon Perdaganga­n Bebas Digital yang pertama di dunia.

“Kita ingin mewujudkan pembanguna­n ikonik untuk memacu pertumbuha­n pelanconga­n dan kita ingin membina nukleus pengangkut­an untuk Malaysia dengan Bandar Malaysia sebagai pusat utama bagi Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan MRT, KTM Komuter, Airport Express Rail Link serta 12 lebuh raya,” katanya.

Najib berkata, berdasarka­n kepentinga­n projek berkenaan, adalah wajar Bandar Malaysia mempunyai kepemimpin­an, rakan kongsi dan struktur pemilikan yang tepat bagi memastikan potensi sepenuhnya dapat direalisas­ikan iaitu untuk menjaga kepentinga­n rakyat dan negara.

 ??  ?? Mohd Irwan Serigar
Mohd Irwan Serigar
 ??  ?? Replika model Bandar Malaysia.
Replika model Bandar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia