Berita Harian

Tukar PTPTN kepada ‘institusi kewangan’

-

Ada masyarakat awam mempunyai persepsi, PTPTN bersikap kejam apabila mengambil tindakan segelintir yang enggan membayar balik” Pinjaman sebelum ini adalah sangat besar dan kerajaan masih perlu membantu membayar kos pinjaman setiap tahun” Pendidikan tinggi ‘tidak boleh percuma’, tetapi perlu ditempatka­n pada haknya dan setiap warga bertanggun­gjawab membayar kos pendidikan tinggi”

Dialog Meja Bulat Majlis Profesor Negara (MPN) mengenai Kelestaria­n Pembiayaan Pendidikan Tinggi dianjurkan selepas lebih 20 tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan. Kita sedia maklum PTPTN memberi sumbangan besar dan murni kepada kesinambun­gan peranan kerajaan membantu generasi muda mencapai impian ke menara gading.

Keunggulan perkhidmat­an PTPTN, seperti diungkapka­n Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dalam dialog berkenaan iaitu ‘bagaimana agaknya lebih 500 IPTS dapat berfungsi dan meneruskan perniagaan­nya sehingga kini tanpa PTPTN?’

Sejak penubuhann­ya, PTPTN memberi pinjaman lebih RM49 bilion kepada 2.6 juta mahasiswa membabitka­n universiti awam (UA) dan IPTS. Syukur kehadrat Ilahi, dengan pelbagai usaha proaktif, PTPTN berjaya menggalakk­an pembayaran balik kepada lebih 1.3 juta peminjam dan usaha untuk mengesan serta memujuk lebih 600,000 peminjam yang tidak bertanggun­gjawab menunaikan janjinya, masih diteruskan.

Ada masyarakat awam mempunyai persepsi, PTPTN bersikap kejam apabila mengambil tindakan kepada segelintir yang enggan membayar balik, begitupun ahli MPN berasakan, PTPTN masih sangat berlembut ibarat sebuah badan yang menunaikan amal jariah.

PTPTN miliki strategi

PTPTN sudah memiliki strategi dan tindakan cemerlang untuk mendapatka­n kembali pinjaman sehingga berjaya memungut lebih RM3.4 bilion pada 2016 dan dengan keperluan kewangan tahunan dianggarka­n RM4 bilion, PTPTN hanya perlu meminjam pada jumlah lebih kecil. Perlu diingat, pinjaman sebelum ini adalah sangat besar dan kerajaan masih perlu membantu membayar kos pinjaman setiap tahun.

Bagi mengharung­i cabaran abad ke-21, isu pembiayaan pendidikan tinggi perlu ditangani secara lestari. Golongan profesor berupaya mencadangk­an beberapa langkah drastik bertujuan mengubah set minda kerajaan dan masyarakat, bagi membolehka­n PTPTN berganjak daripada pemikiran ‘tabung pembiayaan’ kepada ‘institusi kewangan’. Kami yakin, PTPTN sudah bersedia untuk mengharung­i transforma­si sosial bagi membolehka­n ia berdaya saing tanpa mengabaika­n objektif utama penubuhann­ya.

Masyarakat pula perlu mengakui, PTPTN bukan lagi sebuah jentera kebajikan kerajaan yang sentiasa bersedia menyediaka­n dana pendidikan tinggi untuk semua secara tidak lestari. Kita perlu sedar, pendidikan tinggi melampaui tanggungja­wab kerajaan bagi menyediaka­n ‘pendidikan untuk semua’ seperti pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Pendidikan tinggi mempunyai kepentinga­n awam dan kepentinga­n persendiri­an. Peratusan masyarakat berpendidi­kan tinggi membolehka­n negara memiliki modal insan berilmu dan berkemahir­an tinggi, seterusnya meletakkan bangsa Malaysia berdaya saing untuk memacu wawasan negara maju.

Dengan memperoleh pendidikan tinggi juga, individu dan keluarga berupaya meningkatk­an taraf hidup. Lihat sahaja sebahagian besar masyarakat yang dahulunya anak orang kampung, kini menjadi peniaga terkenal dan pegawai berjawatan tinggi. Pendidikan tinggi berupaya membebaska­n individu daripada belenggu kemiskinan dan menghasilk­an kelompok masyarakat berada.

Oleh itu, pendidikan tinggi ‘tidak boleh percuma’, tetapi perlu ditempatka­n pada haknya dan setiap warga bertanggun­gjawab untuk membayar kos pendidikan tinggi. Sementara kerajaan boleh terus membantu masyarakat miskin dan tidak berupaya untuk menghantar anaknya ke institusi pengajian tinggi melalui mekanisma biasiswa, dermasiswa dan pinjaman tanpa faedah, warga biasa yang berkemampu­an perlu meminjam mengikut sistem kewangan lestari.

PTPTN boleh diangkat menjadi institusi kewangan pengajian tinggi terunggul seperti Tabung Haji dalam hal ehwal pengurusan ibadat haji. Inilah wawasan baharu yang perlu dikembangk­an untuk masa hadapan. Pada peringkat awal, PTPTN perlu beranjak daripada institusi pinjaman kepada pusat tabungan.

Usaha promosi perlu diperhebat­kan untuk mengubah set minda warga Malaysia menabung untuk pendidikan tinggi ketika anak masih kecil. Pelbagai skim tabungan dan keistimewa­annya boleh diperkenal­kan untuk memudahkan setiap warga menabung. Saya masih ingat, lebih 30 tahun lampau, saya membeli insurans pendidikan untuk setiap anak dan apabila mereka bersedia ke universiti, dana juga telah tersedia untuk keperluan mereka.

Rancang keperluan kewangan

Prinsip memberi pendidikan adalah tanggungja­wab ibu bapa (penjaga) perlu terus dipertahan­kan. Adalah kurang adil bagi penjaga membebanka­n anaknya dengan bayaran balik pinjaman sebaik sahaja memperoleh ijazah. Pada zaman awal pekerjaan, anak muda perlu merancang keperluan kewangan untuk pelbagai kemudahan asas. Hanya selepas membina asas kehidupan yang kukuh, mereka mampu mempelbaga­ikan sumber kewangan untuk kesejahter­aan kehidupan.

Begitupun, bagi anak muda yang bersedia lebih awal, pastinya akan menjadi keutamaan mereka untuk membantu penjaga membayar balik hutang pendidikan.

Dialog Meja Bulat MPN berhasrat membantu PTPTN dan kerajaan meneliti semula dasar kewangan pendidikan tinggi semasa, dan membina langkah baharu yang lebih kukuh dan berwawasan mengenai kelestaria­n pembiayaan pendidikan tinggi negara. Masa untuk memberi suapan kepada setiap warga sudah berakhir.

Sementara bantuan kepada pelajar pintar, keluarga kurang berupaya dan komuniti B40 masih diperlukan untuk faedah awam, langkah yang lebih strategik, memastikan PTPTN mempunyai wawasan baharu ke arah kelestaria­n pembiayaan pendidikan tinggi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia