Berita Harian

Parlimen Eropah digesa ubah resolusi minyak sawit

Isu dijangka dibawa ke Parlimen EU bulan hadapan bersama Indonesia

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my Putrajaya

Kerajaan akan menggesa Parlimen Eropah mengubah keputusann­ya meluluskan resolusi tunggal mensyaratk­an hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata perkara itu sepatutnya dibawa kepada Ahli Parlimen EU pada bulan ini tetapi ditunda ke bulan hadapan dan dijangka akan disuarakan bersama rakan sejawat dari Indonesia.

Jelas beliau, resolusi Parlimen Eropah itu menggesa EU menghentik­an penggunaan minyak sayur-sayuran termasuk sawit dalam biodesel menjelang 2020 kerana penghasila­nnya didakwa membabitka­n penebangan hutan, sekali gus menjejaska­n pendapatan kirakira 600,000 pekebun kecil sawit di Malaysia dan 2.4 juta di Indonesia.

“Sekiranya resolusi ini diluluskan, hanya minyak sawit yang menepati persijilan saja boleh diimport ke pasaran EU sedangkan minyak sayuran lain tidak perlu memiliki sijil sedemikian,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan cicit pengasas industri sawit Malaysia, Jeremie Fontaine, di pejabatnya, di sini, semalam.

Sebelum ini, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi mensyaratk­an hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari saja boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Resolusi tidak adil

Siew Keong berkata, pada pertemuan di Parlimen Eropah nanti pihaknya akan cuba meyakinkan penggubal undang-undang di sana bahawa resolusi berkenaan adalah tidak adil kepada industri minyak sawit.

Pada masa sama, tambah beliau, pihaknya bertekad memperluas­kan pasaran minyak sawit ke seluruh dunia menjelang 100 tahun kegemilang­an sawit negara tahun ini, berlandask­an perkembang­an terkini dunia sains dan teknologi, selaras pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, bermula awal Januari sehingga April 2017, eksport minyak sawit negara ke China meningkat melebihi 70 peratus atau RM2.2 bilion berbanding tahun lalu iaitu 67.6 peratus, berjumlah RM1.3 bilion.

“Tidak dinafikan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke China baru-baru ini akan dapat meningkatk­an nilai dagangan itu, seperti mana berlaku selepas kunjungan beliau sebelum ini,” katanya.

Sekiranya resolusi ini diluluskan, hanya minyak sawit yang menepati persijilan saja boleh diimport ke pasaran EU sedangkan minyak sayuran lain tidak perlu memiliki sijil sedemikian” Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ?? [FOTO AHMAD IRAHM MOHD NOOR/BH] ?? Siew Keong menerima kunjungan cicit pengasas industri sawit Malaysia, Jeremie Fontaine di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRAHM MOHD NOOR/BH] Siew Keong menerima kunjungan cicit pengasas industri sawit Malaysia, Jeremie Fontaine di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia