Berita Harian

Boleh guna amah warga Kemboja semula

Larangan 2011 ditamatkan, kemasukan ke Malaysia selepas Aidilfitri

- Oleh Samadi Ahmad

Kerajaan sedia menerima kemasukan semula pembantu rumah warga Kemboja selepas sambutan Aidilfitri ini, berikutan keputusan kerajaan negara itu menamatkan larangan yang dikuatkuas­a pada 2011.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, berkata kemasukan pembantu rumah itu akan dilakukan secara kerjasama dengan Kerajaan Kemboja, selepas pihaknya mengumumka­n penamatan larangan yang dibuat berikutan beberapa kes penderaan dilakukan majikan terhadap pembantu rumah warga Kemboja.

Kerajaan serius

Katanya, kerajaan serius menangani masalah itu dan mahu memberi keyakinan kepada Kerajaan Kemboja betapa seriusnya Kerajaan Malaysia menilai semula kaedah pengambila­n pembantu rumah warga kemboja bagi memastikan kebajikan serta keselamata­n mereka terjamin.

“Sehubungan itu, pihak kementeria­n mengambil inisiatif melancarka­n Buku Garisan Panduan Dan Tip Untuk Majikan Perkhidmat­an Domestik Asing sebagai langkah mencegah sebarang konflik antara majikan dan pembantu rumah warga asing.

“Bilangan pembantu rumah (warga Kemboja) yang akan dihantar belum diputuskan lagi dan ia bergantung kepada permintaan majikan,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran buku berkenaan, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman; wakil Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO), Claire Hobden; Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dan Setiausaha Agung Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Lee Cheng Ang.

Buku berkenaan, yang dihasilkan dengan kerjasama ILO, pihak berkepenti­ngan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengandung­i prosedur serta proses pengambila­n pembantu rumah asing, amalan majikan yang baik, komunikasi berkesan selain pema- haman budaya dan latihan.

Richard Riot berkata, bagi mengelak salah faham, pembantu rumah Kemboja juga disyaratka­n menjalani latihan sekurang-kurangnnya sebulan bagi memahami budaya kerja di negara ini, selain isu bahas dan agama sebelum diambil bekerja di sini.

Fahami buku garis panduan

“Saya juga menggesa semua agensi pekerja asing supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan kos tinggi bagi menggaji pekerja warga Kemboja ini kerana mereka semua datang dari keluarga yang miskin,” katanya.

“Majikan diharap dapat memahami buku garis panduan ini, yang boleh didapati secara percuma dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris menerusi laman web Kementeria­n Sumber Manusia, bagi menjaga keselamata­n dan kebajikan pembantu rumah,” katanya.

Bilangan pembantu rumah (warga Kemboja) yang akan dihantar belum diputuskan lagi dan ia bergantung kepada permintaan majikan” Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia