Berita Harian

Operasi bersepadu atasi penceroboh

Penguatkua­saan jabatan, agensi kerajaan elak ketirisan terus berlaku

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

Hanya operasi bersepadu jabatan dan agensi kerajaan dapat menyelesai­kan isu penceroboh­an tanah milik Pengurusan Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman, berkata penguatkua­saan bersepadu itu dapat mengelak ketirisan daripada terus berlaku.

“Kita ada berbincang dengan PTG (Pejabat Tanah dan Galian) untuk membuat penguatkua­saan bersepadu sebab jika PPPNP sahaja melakukann­ya, kita bimbang perkara tidak diingini termasuk pergaduhan berlaku.

“Walaupun berhak ke atas tanah sendiri, sebagai agensi kerajaan, kita ada mekanisme menangani masalah ini untuk menggunaka­n tanah bagi melaksanak­an apa yang kita rancang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

PPPNP alami kerugian

BH menerusi laporan eksklusif semalam, melaporkan sebanyak 40 peratus daripada kira-kira 40,000 hektar tanah milik PPPNP diduduki secara haram, menyebabka­n agensi kerajaan Perak itu mengalami kerugian.

Mukim Ulu Bernam Barat (SKC) di daerah Muallim, yang bersempada­n dengan Selangor, Mukim Kampung Gajah di daerah Perak Tengah, kawasan Changkat Tin, Tanjung Tualang di daerah Kinta, kawasan Kuala Kampar di daerah Kampar dan beberapa lokasi di daerah Batang Padang antara kawasan serius berdepan masalah itu.

Dalam kes terbaru, kegiatan itu membabitka­n seorang lelaki bergelar Datuk yang mendakwa mendapat kebenaran PPPNP mengusahak­an tanah milik agensi itu sedangkan kebenaran tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak.

Ahmad Rizal berkata, bagi kawasan tertentu yang diduduki tanpa kebenaran dan masa sama PPP- NP tiada perancanga­n jangka panjang, pihaknya sedia memberi kebenaran peneroka terus mendudukin­ya secara sewaan.

Beliau berkata, bagaimanap­un berdasarka­n kes sebelum ini, pihak yang diberikan kebenaran menyewa tanah tidak membayar sewa berkenaan.

Katanya, ada juga kes pengusaha melanggar syarat penggunaan tanah seperti larangan penanaman sawit di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) yang dikhususka­n untuk buah-buahan dan penternaka­n, menyebabka­n pihaknya terpaksa bertindak tegas dengan menarik balik kawasan itu.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Pegawai Unit Teknikal dan Penguatkua­saan PPPNP haram di Kampar. meninjau kawasan tanah yang diceroboh secara
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Pegawai Unit Teknikal dan Penguatkua­saan PPPNP haram di Kampar. meninjau kawasan tanah yang diceroboh secara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia