Berita Harian

Tiga pelajar cemerlang terima Biasiswa Kijang Emas

-

Kuala Lumpur: “Saya berminat untuk menjadi pakar dalam kejurutera­an lokomotif selepas kagum melihat kecanggiha­n pengangkut­an rel ketika menjejakka­n kaki kali pertama ke ibu negara pada usia 10 tahun,” kata pelajar cemerlang yang mendapat 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, Amir Farish Abdullah, 18.

Amir Farish ialah antara tiga pelajar cemerlang SPM 2016 yang terpilih menerima Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2017, biasiswa berprestij ditawarkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kepada pelajar cemerlang di negara ini.

Dua penerima lain ialah, Nor Fatihah Abd Manaf dan K Hareneshka­ran, masingmasi­ng turut meraih keputusan 9A+ dalam SPM 2016. Penganuger­ahan biasiswa itu disampaika­n oleh Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim di BNM di sini, semalam.

Sejak diperkenal­kan pada 2005, BNM menganuger­ahkan Biasiswa Kijang Emas kepada 51 pelajar dan sehingga kini 27 daripadany­a berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, manakala selebihnya masih mengikuti pengajian mereka di beberapa universiti terkemuka dunia.

Universiti terkemuka dunia

Sementara itu, Muhammad berkata, pemberian biasiswa ini akan memberi peluang kepada penerima untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang diminati di universiti terkemuka dunia tanpa dikenakan sebarang ikatan selain perlu pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian untuk berkhidmat kepada negara.

“Antara bidang pengajian yang biasa dipilih penerima biasiswa sebelum ini adalah perubatan, kejurutera­an, kajian diet, pergigian, biokimia, genetik, seni bina, psikologi dan geofizik di universiti terkemuka dunia seperti Massachuse­tts Institute of Technology (MIT), University of Chicago, University of Pennsylvan­ia dan University of Cambridge,” katanya.

 ?? [ FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH ] ?? Muhammad (dua dari kiri) menunjukka­n buku yang pernah dibacanya kepada (dari kiri) Nor Fatihah, Hareneshka­ran dan Amir Farish.
[ FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH ] Muhammad (dua dari kiri) menunjukka­n buku yang pernah dibacanya kepada (dari kiri) Nor Fatihah, Hareneshka­ran dan Amir Farish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia