Berita Harian

Istimewa Jumaat di IKIMFM

-

9.15 pagi Topik Jumaat Rancangan ini mengundang tetamu secara berbeza setiap minggu. Program ini bersifat interaktif dan pendengar boleh bertanyaka­n soalan sama ada melalui telefon atau platform media sosial. Diterbitka­n oleh Maslina Alias.

10.15 pagi Tarbiyah Program mendidik masyarakat bersama tetamu undangan yang akan mengulas kekeliruan dan salah faham mengenai banyak perkara. Untuk bulan Mei bersama Dr Nik Roskiman Abdul Samad. Diterbitka­n oleh Norhayati Paradi.

11.00 pagi Tartitul Quran Program ini mengajak pendengar bersama belajar membaca al-quran dengan betul, mengikut tajwid dan mahkraj sebutan yang tepat di bawah bimbingan Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar. Diterbitka­n oleh Norhayati Paradi.

12.30 tengah hari

Sains dan Islam

Slot bersama Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin, membicarak­an secara ilmiah pandangan alam Islami mencakupi konsep sains dalam Islam. Diterbitka­n oleh Mona Jasman.

3.15 petang Prihatin Program memberi ruang badan bukan kerajaan (NGO), universiti berkongsi pengalaman menjalanka­n aktiviti amal dan kemanusiaa­n. Minggu ini bersama Islamic Aid Malaysia. Diterbitka­n oleh Siti Rohani Surani.

5.15 petang Usrah Nurani Program bersifat kekeluarga­an bersama naqib dengan ahli usrah. Diterbitka­n oleh Syafiq Salleh.

10.15 malam Dari Hati Program bersama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, diselang seli dengan kaunselor bertauliah Ikhram Husin. Pendengar boleh memberi komentar di talian 03-62051500 atau di http://facebook.com/ ikim.fm, SMS, Twitter dan Instagram IKIMFM. Diterbitka­n oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof.

11.00 malam Pilihan Klasik Lagu nasyid sekitar 60-an hingga awal 90-an mengimbau nostalgia sebelum kemunculan era nasyid kontempora­ri. Diterbitka­n oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia